SEJAUH MANA TEMPOH PERKHIDMATAN SEBAGAI FAKTOR PENYEDERHANAAN TERHADAP REKA BENTUK PEKERJAAN, MOTIVASI DAN KEPUASAN KERJA? KAJIAN DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH: TO WHAT EXTENT DOES JOB TENURE MODERATE THE RELATIONSHIP BETWEEN JOB DESIGN, MOTIVATION AND JOB SATISFACTION? A STUDY IN POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH

Penyelidikan ini dibuat untuk melihat perhubungan di antara tempoh perkhidmatan, reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Objektif khusus pertama yang ingin dicapai adalah untuk melihat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Objektif kedua adalah untuk menguji sama ada tempoh perkhidmatan merupakan faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Populasi kajian adalah seramai 245 orang kakitangan akademik di Politeknik Kota Kina... Mehr ...

Verfasser: Ali, Syarifah Hanum
Bahron, Arsiah
Sondoh Jr, Stephen L. @ Jude2
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2018
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26872946
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JAAAB/article/view/1294

Penyelidikan ini dibuat untuk melihat perhubungan di antara tempoh perkhidmatan, reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Objektif khusus pertama yang ingin dicapai adalah untuk melihat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Objektif kedua adalah untuk menguji sama ada tempoh perkhidmatan merupakan faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Populasi kajian adalah seramai 245 orang kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, manakala sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Seramai 231 orang telah memberi maklum balas kepada borang soal selidik yang diedarkan. Analisis data dilakukan menggunakan pakej SPSS21. Kajian mendapati bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Manakala, tempoh perkhidmatan didapati memainkan peranan sebagai faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Kajian ini telah mengemukakan beberapa implikasi kajian berdasarkan dapatan dan sokongan sorotan kajian yang berkaitan. Hasil kajian ini akan dapat memberi input kepada pentadbiran Politeknik sebagai penunjuk untuk melakukan penambahbaikan bagi mencapai matlamatnya. Kata kunci: reka bentuk pekerjaan, tempoh perkhidmatan, motivasi kerja, kepuasan kerja This study is conducted to examine the relationship between job tenure, job design,motivation and job satisfaction among academic staff in Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.The first specific objective is to look at the relationship between job design, motivationand job satisfaction. The second specific objective is to test whether job tenure serves asa moderator between job design, motivation and job satisfaction. The study populationis 245 academic staff at Politeknik Kota Kinabalu and the sample is selected using therandom sampling method. A total of 231 respondents responded through the ...