PROFIL LITERASI ALAM SEKITAR MENGIKUT FAKTOR DEMOGRAFI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI TAWAU, SABAH: ENVIRONMENTAL LITERACY PROFILE ACCORDING TO DEMOGRAPHIC FACTORS AMONG SECONDARY SCHOOL STUDENTS IN TAWAU, SABAH

Deklarasi Tbilisi yang diadakan pada tahun 1977 telah membawa perubahan penting dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Lima objektif utama PAS yang disepakati dalam deklarasi tersebut merangkumi elemen kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran dan penglibatan. Sementara itu, Literasi alam sekitar (LAS) pula merupakan matlamat dalam kurikulum Pendidikan Alam Sekitar (PAS) di peringkat sekolah. Setelah 43 tahun deklarasi tersebut diperkenalkan, kajian menyeluruh diperlukan untuk menyediakan data tentang tahap literasi alam sekitar pelajar sekolah menengah di Malaysia. Ia penting untuk m... Mehr ...

Verfasser: AHMADI ABD WAHAB
MOHAMMAD TAHIR MAPA
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Literasi alam sekitar / responsible environmental behavior / pendidikan alam sekitar / tingkah laku alam sekitar / pelajar sekolah menengah / Environmental literacy / environmental education / environmental behavior / high school students
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29664405
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/3639

Deklarasi Tbilisi yang diadakan pada tahun 1977 telah membawa perubahan penting dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Lima objektif utama PAS yang disepakati dalam deklarasi tersebut merangkumi elemen kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran dan penglibatan. Sementara itu, Literasi alam sekitar (LAS) pula merupakan matlamat dalam kurikulum Pendidikan Alam Sekitar (PAS) di peringkat sekolah. Setelah 43 tahun deklarasi tersebut diperkenalkan, kajian menyeluruh diperlukan untuk menyediakan data tentang tahap literasi alam sekitar pelajar sekolah menengah di Malaysia. Ia penting untuk menilai keberkesanan amalan PAS dan seterusnya menilai pencapaian matlamat membentuk tingkah laku bertanggungjawab alam sekitar dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini dilaksanakan sebagai langkah awal untuk mengenal pasti profil tahap domain LAS pelajar mengikut faktor demografi (aliran) dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Tawau, Sabah. Seterusnya menilai profil tahap komponen LAS pelajar mengikut aliran. Akhirnya, rumusan keseluruhan tahap LAS mengikut aliran pelajar turut dinilai dalam kajian ini. Responden kajian melibatkan 12 buah sekolah menengah kategori bandar. Seramai 328 orang pelajar tingkatan empat terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 25. Hasil kajian mendapati literasi alam sekitar mengikut aliran menunjukkan bahawa pelajar aliran sains tulen dan kemanusiaan mempunyai tahap yang sangat baik dalam domain kemahiran dan afektif alam sekitar. Namun demikian, mereka hanya mencapai tahap baik dalam domain pengetahuan dan tingkah laku alam sekitar. Secara keseluruhannya, tahap LAS mengikut aliran pula menunjukkan bahawa pelajar aliran sains tulen mencatat SM = 70.9 berbanding pelajar aliran kemanusiaan SM = 72.3. Berdasarkan skor tersebut, secara keseluruhannya tahap LAS mengikut aliran adalah dalam kategori sederhana. Justeru, bagi mencapai tahap LAS yang tinggi, pendidikan alam sekitar di sekolah perlu diperkasakan. The ...