HUBUNGAN PERSEKUTUAN-NEGERI DI SABAH PASCA PRU14: PROSPEK, ISU DAN CABARAN: FEDERAL-STATE RELATIONS IN SABAH POST GE14: PROSPECTS, ISSUES AND CHALLENGES

Sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, ramai yang melihat bahawa kerajaan pusat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) cuba menggunakan segala mekanisme yang ada untuk mewujudkan kawalan yang ketat ke atas negeri. Dalam masa yang sama berusaha untuk menumpukan kuasa di Kuala Lumpur/Putrajaya. Oleh itu, artikel ini cuba untuk melihat perkembangan pasca PRU14 di Malaysia dengan menumpukan kepada hubungan negeri Sabah dan Persekutuan. Selain daripada beberapa isu hangat yang mendominasi hubungan persekutuan-negeri sej... Mehr ...

Verfasser: Dollah, Ramli
Joko, Eko Prayitno
Sakke, Nordin
Salleh, Suhaimi
Faizal Rashid, Mohammad
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2019
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Negeri / Persekutuan / Sabah / Kelangsungan / Malaysia / State / Federal / Survival
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29663704
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1655

Sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, ramai yang melihat bahawa kerajaan pusat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) cuba menggunakan segala mekanisme yang ada untuk mewujudkan kawalan yang ketat ke atas negeri. Dalam masa yang sama berusaha untuk menumpukan kuasa di Kuala Lumpur/Putrajaya. Oleh itu, artikel ini cuba untuk melihat perkembangan pasca PRU14 di Malaysia dengan menumpukan kepada hubungan negeri Sabah dan Persekutuan. Selain daripada beberapa isu hangat yang mendominasi hubungan persekutuan-negeri sejak beberapa dekad di bawah pentadbiran BN, para penulis menghujahkan bahawa terdapat beberapa isu lain yang perlu diberikan perhatian dalam memastikan kelangsungan pemerintahan negeri di bawah gabungan Parti Warisan Sabah (PWS)-Pakatan Harapan (PH)-UPKO (PWS-PH-UPKO). Dalam hal ini, para penulis berhujah bahawa, berdasarkan kepada pengalaman PRU-14, kelangsungan kerajaan negeri ditentukan oleh dua faktor utama; luaran dan dalaman. Faktor luaran merujuk kepada bagaimana dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan pusat mempengaruhi persepsi rakyat kepada pentadbiran kerajaan negeri. Manakala faktor dalaman merujuk kepada sejauh mana kerajaan negeri berjaya melaksanakan dasar-dasar yang memberi kesan kepada penduduk negeri Sabah. Oleh itu, artikel ini menghujahkan bahawa cabaran lebih besar menanti dalam hubungan negeri-persekutuan pasca PRU-14 terutamanya dalam memastikan kelangsungan pemerintahan di peringkat negeri dan persekutuan. AbstractSince the establishment of the Federation of Malaysia on September 16, 1963 until the 14th General Election (GE-14) in 2018, many see that the federal government under the Barisan Nasional (BN) administration had used all available mechanisms to control over the state and at the same time was working to concentrate power to Kuala Lumpur/Putrajaya. Therefore, this paper attempts to investigate the post-GE-14 development in Malaysia with particular attention to the relations between Sabah ...