Personaliti, Iklim Sekolah, Kurikulum dan Sikap Akademik Pelajar di Institusi Tahfiz Negeri Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji personaliti pelajar tahfiz, iklim sekolah, kurikulum dan sikap akademik murid tahfiz di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 81 orang murid tahap dua (tahun 4 – 6) daripada 3 buah sekolah rendah tahfiz swasta di sekitar Kota Kinabalu. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden kajian. Analisis deskriptif menunjukkan variabel personaliti dan sikap pelajar menunjukkan tahap yang tinggi dengan skor min melebihi 3.80, manakala bagi variabel iklim sekolah, dapatannya ada... Mehr ...

Verfasser: Taat, M. S. (Muhamad)
Talip, R. (Roslee)
Mosin, M. (Musirin)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29658804
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/519166/personaliti-iklim-sekolah-kurikulum-dan-sikap-akademik-pelajar-di-institusi-tahf

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji personaliti pelajar tahfiz, iklim sekolah, kurikulum dan sikap akademik murid tahfiz di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 81 orang murid tahap dua (tahun 4 – 6) daripada 3 buah sekolah rendah tahfiz swasta di sekitar Kota Kinabalu. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden kajian. Analisis deskriptif menunjukkan variabel personaliti dan sikap pelajar menunjukkan tahap yang tinggi dengan skor min melebihi 3.80, manakala bagi variabel iklim sekolah, dapatannya adalah pada tahap sederhana (Min=3.56, SP=0.530). Bagi variabel kurikulum pula, kebanyakan pelajar mempelajari mata pelajaran-mata pelajaran utama yang sama dipelajari di sekolah-sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di samping mata pelajaran al-Quran. Namun begitu, tiada seorang pun yang mempelajari mata pelajaran Pendidikan Komputer. Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan maklumat berguna untuk penambahbaikan institusi tahfiz.