Pengaruh Pengurusan Program terhadap Interaksi Sosial di dalam Program Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum Negeri Sabah

Kajian ini melihat kepada pengaruh pengurusan program terhadap interaksi sosial dalam program pendidikan luar di Pusat Kokurikulum Sabah. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 113 responden telah terlibat dari kawasan pantai barat Sabah. Dapatan kajian menerangkan skor min bagi tahap pengurusan program dan interaksi sosial adalah pada tahap tinggi. Manakala hasil korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan namun bersifat sederhana (r=0.469, k < 0.05). Lanjutan daripada korelasi yang terhasil, ujian regresi seterusnya menunjukkan bahawa nilai R... Mehr ...

Verfasser: Ramih, S. O. (Suhairullah)
Andau, A. (Ambrews)
Talip, R. (Roslee)
Taat, M. S. (Muhamad)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2019
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29658720
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/322698/pengaruh-pengurusan-program-terhadap-interaksi-sosial-di-dalam-program-pendidika

Kajian ini melihat kepada pengaruh pengurusan program terhadap interaksi sosial dalam program pendidikan luar di Pusat Kokurikulum Sabah. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 113 responden telah terlibat dari kawasan pantai barat Sabah. Dapatan kajian menerangkan skor min bagi tahap pengurusan program dan interaksi sosial adalah pada tahap tinggi. Manakala hasil korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan namun bersifat sederhana (r=0.469, k < 0.05). Lanjutan daripada korelasi yang terhasil, ujian regresi seterusnya menunjukkan bahawa nilai R square adalah 0.220 menjelaskan sebanyak 22% varians dalam pembolehubah pengurusan program mampu menjelaskan mengenai pembolehubah bersandar iaitu interaksi sosial (F 1,111 = 31.360, k<0.05). Justeru implikasi daripada kajian ini membawa kepada dua perkara iaitu pada bahagian teori yang menyokong penggunaan sistem sokongan (scaffolding) dan pengurusan saintifik serta bahagian kedua implikasi dari segi kajian.