Variabiliti Harga Relatif dan Inflasi: Bukti Empirikal Di Semenanjung Malaysia, Sabah Dan Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara variabiliti harga relative (VHR) dengan inflasi di tiga buah wilayah Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan menggunakan data siri masa bulanan iaitu dari Januari 1970 hingga Mac 2005. Kajian ini menggunakan kaedah siri masa tidak linear iaitu model STAR dan LSTAR. Dapatan kajian menunjukkan variabiliti harga relatif mempunyai ciri tidak linear LSTAR bagi ketiga-tiga kes wilayah Malaysia. Selain itu, didapati pengaruh inflasi adalah signifikan dan berhubungan positif dengan variabiliti harga relative di Semenanjung Malay... Mehr ...

Verfasser: Zulkefly Abdul Karim
Mohd. Azlan Shah Zaidi
Mansor Jusoh
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2008
Reihe/Periodikum: International Journal of Management Studies, Vol 15, Iss 2 (2008)
Verlag/Hrsg.: UUM Press
Schlagwörter: Management. Industrial management / HD28-70 / Marketing. Distribution of products / HF5410-5417.5
Sprache: Englisch
may
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29651316
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://doaj.org/article/525158f336c3434d873bb39f4dfae3d6

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara variabiliti harga relative (VHR) dengan inflasi di tiga buah wilayah Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan menggunakan data siri masa bulanan iaitu dari Januari 1970 hingga Mac 2005. Kajian ini menggunakan kaedah siri masa tidak linear iaitu model STAR dan LSTAR. Dapatan kajian menunjukkan variabiliti harga relatif mempunyai ciri tidak linear LSTAR bagi ketiga-tiga kes wilayah Malaysia. Selain itu, didapati pengaruh inflasi adalah signifikan dan berhubungan positif dengan variabiliti harga relative di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Hasil kajian juga mendapati hubungan antara pemboleh ubah variabiliti harga relatif dengain inflasi adalah dalam bentuk tidak linear. Kcputusan kajian ini menyokong teori kos menu yang menyatakan bahawa variabiliti harga akan meningkat apabila berlakunya kenaikan dalam harga umum. Selain itu juga, didapati komponen stokastik bagi variabiliti harga relatifi mempunyai kelangsungan (persistence) dalam ketiga-tiga wilayah dalam tempoh kajian. Penemuan kajian ini memberikan implikasi bahawa dasar kawalan harga dan perlaksanaan dasar kewangan perlulah memfokuskan usaha mengawal kestabilan harga relatif dalam kalangan kumpulan barang.