SUMBER SEMULA JADI DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP SOSIOEKONOMI KOMUNITI PESISIR PANTAI TIMUR SABAH

Persoalan yang sering diutarakan berkait dengan sumber semula jadi pesisir pantai adalah tentang kemampuannya menyumbang kesejahteraan hidup masyarakat. Lazimnya, sumber semula jadi di pesisir bukan sahaja penting dalam menjana peningkatan ekonomi, tetapi juga sebagai sumber makanan, menjadi asas kepada pengukuhan hubungan sosial dan jaringan keselamatan antara penduduk, serta berguna dalam aktiviti penyembuhan penyakit dan ritual tradisional. Justeru, artikel ini membincangkan kepentingan sumber semula jadi di pesisir pantai timur Sabah terhadap kehidupan sosioekonomi masyarakat di kawasan te... Mehr ...

Verfasser: Suadik, Maine
Cooke, Fadzilah Majid
Dambul, Ramzah
Foo, Jurry
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2018
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Komuniti pesisir / zon pesisir pantai / sumber semula jadi / flora / fauna
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247472
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/856

Persoalan yang sering diutarakan berkait dengan sumber semula jadi pesisir pantai adalah tentang kemampuannya menyumbang kesejahteraan hidup masyarakat. Lazimnya, sumber semula jadi di pesisir bukan sahaja penting dalam menjana peningkatan ekonomi, tetapi juga sebagai sumber makanan, menjadi asas kepada pengukuhan hubungan sosial dan jaringan keselamatan antara penduduk, serta berguna dalam aktiviti penyembuhan penyakit dan ritual tradisional. Justeru, artikel ini membincangkan kepentingan sumber semula jadi di pesisir pantai timur Sabah terhadap kehidupan sosioekonomi masyarakat di kawasan tersebut. Kajian bersifat kualitatif telah dilakukan melalui kaedah temu bual berstruktur menggunakan borang soal selidik terhadap seramai 411 orang responden. Turut dilaksanakan ialah temu bual mendalam (in-depth interview) dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan sumber semula jadi (flora dan fauna) di pesisir pantai timur Sabah sememangnya mempunyai pelbagai kepentingan. Sumber tersebut bukan sahaja berjaya memacu peningkatan ekonomi komuniti nelayan tetapi juga berguna dalam konteks kehidupan sosial mereka.