Polisi dan Realiti Gaji Minimum di Negeri Sabah: Satu Kajian Kes Pekerja Kontrak Pembersihan di Universiti Malaysia Sabah - The Policy and Reality of Minimum Wage in Sabah: A Case Study of Contract Janitors in UMS

Pelaksanaan gaji minimum di Malaysia pada dasarnya bermula apabila Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Akta 732) dikuatkuasakan mulai 15 September 2011. Bersandarkan kepada Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 (Sabah, Sarawak dan Labuan) yang telah diperkenalkan pada September 2012, Sabah memulakan operasi agar para majikan di Sabah turut melaksanakan gaji minimum kepada para pekerja masing-masing. Penguatkuasaan pelaksanaan gaji minimum di Malaysia pada 1 Januari 2014 meletakkan gaji minimum di Semenanjung Malaysia sebanyak RM900, manakala Sabah dan Sarawak sebanyak RM800. Gaji minimum dip... Mehr ...

Verfasser: MOHD NOR AZAN, MOHD KHAIRUL NABIL BIN
IBRAHIM, DZURIZAH
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2017
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Gaji minimum / polisi / Sabah / pekerja kontrak pembersihan / Universiti Malaysia Sabah (UMS). Minimum wage / policy / contract janitors / Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247465
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/767

Pelaksanaan gaji minimum di Malaysia pada dasarnya bermula apabila Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Akta 732) dikuatkuasakan mulai 15 September 2011. Bersandarkan kepada Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 (Sabah, Sarawak dan Labuan) yang telah diperkenalkan pada September 2012, Sabah memulakan operasi agar para majikan di Sabah turut melaksanakan gaji minimum kepada para pekerja masing-masing. Penguatkuasaan pelaksanaan gaji minimum di Malaysia pada 1 Januari 2014 meletakkan gaji minimum di Semenanjung Malaysia sebanyak RM900, manakala Sabah dan Sarawak sebanyak RM800. Gaji minimum diperkenalkan bertujuan menjaga hak dan kebajikan pekerja menerusi ‘fair pay’ bagi membantu golongan pekerja sekali gus menggalakkan mobiliti. Namun, sejauh mana alasan-alasan tersebut dan kesedaran tentang kewujudan gaji minimum diketahui oleh para pekerja masih menjadi persoalan, khususnya dalam konteks pekerja di negeri Sabah. Artikel ini membincangkan tahap kesedaran pekerja terhadap gaji minimum serta menilai sejauh mana pembayaran gaji minimum dilaksanakan dalam sektor pembersihan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi temu bual mendalam ke atas dua orang wakil pengurusan dan 16 orang responden dalam kalangan pekerja pembersihan. Kajian mendapati bahawa tahap kesedaran pekerja terhadap kewujudan dan pelaksanaan gaji minimum adalah sifar. Walaupun majikan mengakui telah melaksanakan gaji minimum, dapatan kajian menemukan sebaliknya. Manipulasi maklumat oleh majikan telah mengekang pelaksanaan gaji minimum untuk dilaksanakan secara berkesan. Kajian ini penting sebagai sandaran untuk memastikan hak dan kebajikan pekerja bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Kepulauan Borneo ini secara amnya dapat dipelihara. The implementation of a minimum wage in Malaysia basically began when the National Wage Consultative Council Act (Act 732) came into force on 15 September 2011. In accordance with the Minimum Wage Act that was introduced in September 2012, Sabah’s employers have started implementing the Minimum Wage Act ...