Simbol Binatang Ternakan dan Konsep Artifak sebagai Manifestasi Identiti Budaya dan Identifikasi Etnik Peribumi Sabah: Satu Kajian dari Perspektif Komunikasi

Pemaparan identiti budaya serta identifikasi etnik masyarakat di Sabah menerusi manifestasi dan signifikasi simbol serta objek yang diaplikasikan dalam kehidupan berbudaya masyarakat adalah inti pati makalah ini. Penelitian bersifat kualitatif berkenaan mengaplikasikan teknik pengamatan dan temu bual mendalam selain kaedah kepustakaan. Bertunjangkan perspektif komunikasi khususnya komunikasi bukan lisan, penulis mendeskripsikan dan mensignifikasikan makna, fungsi dan kepentingan simbol serta artifak terhadap tiga etnik peribumi Sabah, iaitu Dusun, Bajau dan Murut. Selain berfungsi sebagai iden... Mehr ...

Verfasser: Mohd. Yakin, Halina Sendera
Totu, Andreas
Derak, Rosmah
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2016
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Identiti budaya / identifikasi etnik / etnik peribumi / Sabah / simbol / artifak / komunikasi bukan lisan
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247440
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/523

Pemaparan identiti budaya serta identifikasi etnik masyarakat di Sabah menerusi manifestasi dan signifikasi simbol serta objek yang diaplikasikan dalam kehidupan berbudaya masyarakat adalah inti pati makalah ini. Penelitian bersifat kualitatif berkenaan mengaplikasikan teknik pengamatan dan temu bual mendalam selain kaedah kepustakaan. Bertunjangkan perspektif komunikasi khususnya komunikasi bukan lisan, penulis mendeskripsikan dan mensignifikasikan makna, fungsi dan kepentingan simbol serta artifak terhadap tiga etnik peribumi Sabah, iaitu Dusun, Bajau dan Murut. Selain berfungsi sebagai identifikasi etnik, simbol binatang ternakan serta artifak seperti lembu, kerbau, kuda, ikan, gong, tajau dan perahu juga turut memaparkan nilai-nilai sosial, material serta spiritual yang melingkari kehidupan berbudaya etnik-etnik berkenaan. Makalah ini diharap mampu memberi sumbangan positif dalam usaha mempromosi dan melestarikan unsur kebudayaan masyarakat terbabit.