Bahasa Arab dalam Ibadah: Satu Kajian Kefahaman Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Bahasa Arab adalah antara bahasa tertua dan digunakan sebagai bahasa urusan rasmi, keagamaan, pendidikan dan bahasa pertuturan seharian. Dianggarkan lebih dari 422 juta orang penutur bahasa Arab di seluruh dunia. Pada masa kini, penggunaan dan pembelajaran bahasa Arab semakin berkembang luas di seluruh dunia. Malaysia turut terlibat dalam perkembangan ini kerana bahasa Arab merupakan bahasa yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu amnya dan umat Islam khasnya. Kajian ini adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa Arab dalam ibadah seharian. Ia bertujuan untuk menguji kefahaman pel... Mehr ...

Verfasser: Ag. Damit Ph.d, Saini
Kassim, Noorafini
Manap, Nor Ain
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2016
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Bahasa Arab / ibadah / bacaan solat / kefahaman / pelajar
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247431
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/517

Bahasa Arab adalah antara bahasa tertua dan digunakan sebagai bahasa urusan rasmi, keagamaan, pendidikan dan bahasa pertuturan seharian. Dianggarkan lebih dari 422 juta orang penutur bahasa Arab di seluruh dunia. Pada masa kini, penggunaan dan pembelajaran bahasa Arab semakin berkembang luas di seluruh dunia. Malaysia turut terlibat dalam perkembangan ini kerana bahasa Arab merupakan bahasa yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu amnya dan umat Islam khasnya. Kajian ini adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa Arab dalam ibadah seharian. Ia bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar kursus bahasa Arab, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu terhadap bahasa Arab yang digunakan dalam ibadah solat lima waktu. Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif melalui kajian lapangan dengan mengedarkan sebanyak 100 set soal selidik kepada pelajar. Data dan maklumat terkumpul dianalisis menggunakan SPSS Ver. 17 serta dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah. Hasil kajian ini dapat menambah pemahaman tenaga pengajar, pelajar kursus bahasa Arab khasnya serta masyarakat amnya terhadap kepentingan memahami bahasa Arab yang digunakan ketika solat. Kajian ini membuktikan dengan memahami setiap bacaan dalam solat akan menambah kekhusyukan dalam ibadah.