DEIKSIS SOSIAL DALAM DIALEK MELAYU SABAH: SATU TINJAUAN AWAL : Social Deixis in Sabah Malay Dialect: A Preliminary Research
Abstrak Deiksis sosial merupakan salah satu konsep yang meneliti aspek makna dalam konteks tutur masyarakat yang dikemukakan oleh Huang (2014), dan ia dapat dikesan melalui perbendaharan kata. Perbendaharan kata mampu mendedahkan latar belakang penutur, budaya dan wilayah tutur bahasa berkenaan. Fenomena deiksis adalah kaedah yang paling terang untuk memperlihatkan kaitan antara konteks tutur dan bahasa dalam struktur bahasa itu sendiri. Titik tumpuan deiksis adalah terhadap penuturnya, maka secara tidak langsung akan dapat diketahui makna sesuatu kata, diketahui latar penutur, latar penuturan... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Artikel |
Erscheinungsdatum: | 2024 |
Verlag/Hrsg.: |
Penerbit UMS
|
Schlagwörter: | Dialek Melayu Sabah / deiksis sosial / kosa kata / keragaman kata / Sabah / variasi etnik / Sabah Malay dialect / social deixis / vocabulary / word diversity / ethnic variation |
Sprache: | Englisch |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247430 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/5164 |
Abstrak Deiksis sosial merupakan salah satu konsep yang meneliti aspek makna dalam konteks tutur masyarakat yang dikemukakan oleh Huang (2014), dan ia dapat dikesan melalui perbendaharan kata. Perbendaharan kata mampu mendedahkan latar belakang penutur, budaya dan wilayah tutur bahasa berkenaan. Fenomena deiksis adalah kaedah yang paling terang untuk memperlihatkan kaitan antara konteks tutur dan bahasa dalam struktur bahasa itu sendiri. Titik tumpuan deiksis adalah terhadap penuturnya, maka secara tidak langsung akan dapat diketahui makna sesuatu kata, diketahui latar penutur, latar penuturan serta tempoh pengucapan sesuatu kata itu. Beracuankan teori Huang, maka hasil kajian ini telah dilaksanakan dalam konteks penutur dialek Melayu Sabah (DMS), yakni untuk meneliti kata-kata yang diguna oleh penutur-penutur DMS. Kajian ini telah dilakukan terhadap para guru di SMK Simpangan (SMKS), Beluran, Sabah melalui lima mesyuarat pengurusan, bermaksud kesemua rakaman berkenaan adalah peristiwa bahasa yang bercirikan ragam rasmi. Kesemua mesyuarat telah dirakam dan ditranskripsi dan dianalisis menggunakan perisian AntConc untuk memudahkan proses mengenal pasti leksikal DMS yang memiliki ciri-ciri DS. Hasil analisis mendapati terdapat tujuh leksikal DMS, iaitukasi, anu, inda, bulih, tingu, pigiserta bisukyang memaparkan elemen deiksis. Perkataan-perkataan berkenaan mempunyai perbezaan dari aspek sebutan dan ejaan, di samping wujud perbezaan makna dari segi konteks penggunaannya. Oleh yang demikian, dirumuskan bahawa kesemua kata yang memiliki DS itu berhasil menampilkan identiti penutur DMS, selain turut memperlihatkan kekayaan ragam kata yang wujud di Sabah.