ANALISIS DEIKSIS PERORANGAN DALAM BAHASA BUGIS DI KAMPUNG SIMPANG EMPAT, KUNAK, SABAH: Analysis of Personal Deixis in Bugis Language in Kampung Simpang Empat, Kunak, Sabah

Abstrak Masyarakat Bugis sinonim dengan keunikan budaya dan bahasa yang mereka miliki, namun masyarakat kurang didedahkan dengan konteks pertuturan deiksis dalam kalangan masyarakat Bugis terutamanya deiksis perorangan. Kajian ini memberi fokus kepada dua objektif utama iaitu untuk mengenal pasti deiksis perorangan yang terdapat dalam masyarakat Kampung Simpang Empat Kunak, Sabah dan menganalisis penanda kesantunan bahasa Bugis yang dituturkan oleh empat jenis kaum Bugis iaitu Bugis Bone, Bugis Rappang, Bugis Pinrang dan Bugis Enrekang di Kampung Simpang Empat, Kunak, Sabah dengan mengaplikasi... Mehr ...

Verfasser: MOHAMAD SUHAIZI SUHAIMI
NUR IZZA SHUHADA AHMAD
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2024
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Bahasa Bugis / deiksis perorangan / KGND / strategi kesantunan Grice / Bugis language / personal diexis / Grice's politeness strategy
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247424
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/5104

Abstrak Masyarakat Bugis sinonim dengan keunikan budaya dan bahasa yang mereka miliki, namun masyarakat kurang didedahkan dengan konteks pertuturan deiksis dalam kalangan masyarakat Bugis terutamanya deiksis perorangan. Kajian ini memberi fokus kepada dua objektif utama iaitu untuk mengenal pasti deiksis perorangan yang terdapat dalam masyarakat Kampung Simpang Empat Kunak, Sabah dan menganalisis penanda kesantunan bahasa Bugis yang dituturkan oleh empat jenis kaum Bugis iaitu Bugis Bone, Bugis Rappang, Bugis Pinrang dan Bugis Enrekang di Kampung Simpang Empat, Kunak, Sabah dengan mengaplikasikan Strategi Kesantunan Grice (1975) berserta kaedah kualitatif. Hasil dapatan kajian memperlihatkan struktur penggunaan deiksis perorangan dari empat kaum Bugis. Sebagai contoh, penggunaan Kata Ganti Nama Diri Pertama (KGNDP) iyya’, -ka yang merujuk kepada saya manakala Kata Ganti Nama Diri Kedua (KGNDK) idi’ yang membawa maksud awak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan dalam penggunaan konteks deiksis perorangan yang dituturkan daripada keempat-empat kaum bugis di kampung tersebut. Justeru, penggunaan deiksis perorangan dalam pertuturan harian masyarakat Bugis di Kampung Simpang Empat, Kunak, Sabah memperlihatkan nilai kesantunan melalui bahasa Bugis menurut strategi kesantunan Grice (1975) yang terbahagi kepada emapat maksim utama iaitu Maksim Kualiti, Maksim Kuantiti, Maksim Pertalian dan Maksim Cara. Abstract The Bugis community are synonym with the uniqueness of their culture and language, but the community is less exposed to the context of deixis speech among the Bugis community, especially personal deixis. This study focuses on two main objectives which are to identify the personal deixis found in the community of Kampung Simpang Empat Kunak, Sabah and analyze the politeness markers of the Bugis language spoken by four types of Bugis, namely Bugis Bone, Bugis Rappang, Bugis Pinrang and Bugis Enrekang in Kampung Simpang Empat, Kunak, Sabah by applying Grice's Politeness Strategy (1975). The ...