KAJIAN AWAL PROGRAM PEMERKASAAN PEKERJAAN UNTUK GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA PENGLIHATAN OLEH PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN DI SABAH

Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka program pemerkasaan pekerjaan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang dikelolakan oleh pertubuhan bukan kerajaan di Sabah. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Pengumpulan data menggunakan temubual secara mendalam dengan menggunakan panduan soalan berbentuk semistruktur, pemerhatian dan sumber dokumen. Peserta kajian terdiri daripada pengelola pertubuhan bukan kerajaan dan OKU penglihatan di Sandakan dan Kota Kinabalu. Peserta OKU penglihatan adalah mereka yang menyertai program pemerkasaan yan... Mehr ...

Verfasser: Norhamidah Jarimal @ Safri, Habibie Ibrahim, Sabariah Sharif, Balan Rathakrishnan, Rosy Talin, & Ainur Amira Jopion
Joanne Lee Soon Ee
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2024
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Program Pemerkasaan / Pertubuhan Bukan Kerajaan / Orang Kurang Upaya Penglihatan / Inklusif
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247421
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/SAPJ/article/view/5071

Kajian ini adalah bertujuan untuk meneroka program pemerkasaan pekerjaan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang dikelolakan oleh pertubuhan bukan kerajaan di Sabah. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Pengumpulan data menggunakan temubual secara mendalam dengan menggunakan panduan soalan berbentuk semistruktur, pemerhatian dan sumber dokumen. Peserta kajian terdiri daripada pengelola pertubuhan bukan kerajaan dan OKU penglihatan di Sandakan dan Kota Kinabalu. Peserta OKU penglihatan adalah mereka yang menyertai program pemerkasaan yang dikelolakan oleh pertubuhan bukan kerajaan. Data dianalisis menggunakan analisis tematik oleh Braun dan Clarke (2006). Di Sabah, organisasi pertubuhan bukan kerajaan disokong penuh oleh kerajaan negeri di bawah penyelarasan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS). Dana kerajaan negeri melalui MPMS disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan sebagai sokongan dalam menyediakan program bersesuaian untuk pemerkasaan golongan OKU di Sabah. Hasil kajian mendapati terdapat tiga tema yang terhasil iaitu i) Memberikan kemahiran dan peluang pekerjaan; ii) Peningkatan keyakinan diri; dan iii) Persekitaran yang kurangmenerima kehadiran OKU. Diharapkan agar agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan OKU dapat menggembeleng tenaga untuk menyediakan program berkesan berdasarkan tiga tema yang terhasil selaras dengan dasar OKU agar golongan ini dapat menikmati hak, peluang dan akses secara saksama, inklusif dalam masyarakat dan memperkasakan ekonomi OKUpenglihatan.