WANITA DALAM CERPEN WADAH 1986-1990: SUATU PERSPEKTIF FEMINIS
ABSTRAK Perutusan cerpen yang memanifestasikan kehidupan manusia menerusi tema, plot, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan. Unsur intrinsik cerpen seperti watak dan perwatakan berperanan penting merakamkan pemikiran, sesuai dengan peredaran zaman. Seiring itu, watak dan perwatakan wanita seringkali menjadi watak utama terutama dalam karya yang ditulis oleh pengarang wanita. Watak wanita ditampilkan mengikut kesesuaian dan fokus yang diingini pengarang. Watak wanita dalam cerpen diwakili wanita berkerjaya, ibu, isteri atau gadis yang menuntut cabaran selari dengan budaya hidup. Tulisan... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Artikel |
Erscheinungsdatum: | 2023 |
Verlag/Hrsg.: |
Penerbit Universiti Malaysia Sabah
|
Schlagwörter: | Cerpen / feminis / wanita Sabah / Wardah |
Sprache: | Englisch |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247384 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/4744 |
ABSTRAK Perutusan cerpen yang memanifestasikan kehidupan manusia menerusi tema, plot, latar, sudut pandangan, watak dan perwatakan. Unsur intrinsik cerpen seperti watak dan perwatakan berperanan penting merakamkan pemikiran, sesuai dengan peredaran zaman. Seiring itu, watak dan perwatakan wanita seringkali menjadi watak utama terutama dalam karya yang ditulis oleh pengarang wanita. Watak wanita ditampilkan mengikut kesesuaian dan fokus yang diingini pengarang. Watak wanita dalam cerpen diwakili wanita berkerjaya, ibu, isteri atau gadis yang menuntut cabaran selari dengan budaya hidup. Tulisan ini adalah kajian terhadap watak wanita yang diketengahkan dalam cerpen khususnya dalam koleksi Wadah yang diterbitkan pada tahun 1986-1990 oleh Dewan Bahasa Pustaka cawangan Sabah. Analisis watak gadis difokuskan kepada empat cerpen Wadah terpilih yang dihasilkan oleh penulis Sabah. Antaranya, cerpen ‘Perempuan Tua’ (Oktober 1986) oleh Sitti Rahmah atau Intan Sitti Azierah G, cerpen ‘Perhitungan’ (Mac/Jun 1989) oleh Maznah Sulaiman, cerpen ‘Serelung Hati Sang Sutradara’ (Mac 1990) oleh Sairah Haji Antin, dan cerpen ‘Hantaran’ (September 1990) oleh Siti Faridah Bandar. Kajian ini mengaplikasikan perspektif feminis oleh Cheri Register, dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dapatan kajian memperlihatkan watak dan perwatakan seorang gadis yang berani sebagai pemaparan wanita peribumi sebelum millenia. Kata kunci: Cerpen, feminis, wanita, majalah Wadah ABSTRACT Life is manifested in short stories through the themes, plots, settings, point of view, and characters in a short story. Intrinsic elements of short stories such as characters play an important role in recording the reflections of the time. This is especially true of female characters as protagonists, especially in works written by female authors themselves. Female characters in short stories are represented by career women, mothers, wives, or girls who face challenges above and beyond the expectations of their gender. This article is a study of the female characters ...