SEJARAH PEMBANGUNAN EKONOMI SABAH: CABARAN PELAKSANAAN 2 YEARS EXIT PROGRAMME (2YEP) SEBAGAI STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN : History of Sabah's Economic Development: The Challenges of Implementing 2 Years Exit Programme (2YEP) as a poverty Eradication Strategy

Dalam sejarah pembangunan ekonomi sejak mula bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, banyak cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan masyarakat dalam membangunkan ekonomi negeri Sabah. Walaupun pelbagai isu sering dipolitikkan dan diperdebatkan khususnya dalam hal yang berkaitan dengan perbezaan jurang pembangunan ekonomi masyarakat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak menjadi gabungan dalam pembentukan Malaysia, Sabah masih tetap berdiri sebagai sebuah negeri yang berdaulat sehingga hari ini. Dalam mendepani perbeza... Mehr ...

Verfasser: Joshua anak Jalin
Marsitah Mohd Radzi
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2022
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Kemiskinan / pembangunan ekonomi / 2 Years Exit Programme (2YEP)
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247342
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4222

Dalam sejarah pembangunan ekonomi sejak mula bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, banyak cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan masyarakat dalam membangunkan ekonomi negeri Sabah. Walaupun pelbagai isu sering dipolitikkan dan diperdebatkan khususnya dalam hal yang berkaitan dengan perbezaan jurang pembangunan ekonomi masyarakat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak menjadi gabungan dalam pembentukan Malaysia, Sabah masih tetap berdiri sebagai sebuah negeri yang berdaulat sehingga hari ini. Dalam mendepani perbezaan jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar pembangunan yang berteraskan kepada pembasmian kemiskinan serta meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pelaksanaan dasar-dasar ini tidak dinafikan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan nasional secara umum, iaitu insiden kemiskinan mutlak negara terus menurun setiap tahun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 12.4 peratus pada tahun 1992 dan seterusnya kepada 6 peratus pada tahun 2002, dan 5.6 peratus pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, penurunan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar pembangunan ekonomi masyarakat di Sabah. Hal ini terbukti apabila direkodkan bahawa Sabah mempunyai kadar kemiskinan negara tertinggi sejak 2004 hingga 2019. Sabah juga merupakan negeri yang mempunyai jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tertinggi sejak 2010 hingga 2015. Senario ini seolah-olah menggambarkan bahawa program pembangunan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan tidak mendatangkan kesan ketara kepada taraf hidup masyarakat Sabah. Justeru, artikel ini membincangkan cabaran dalam dasar pembangunan ekonomi masyarakat di Sabah melalui pelaksanaan 2 Years Exit Programme (2YEP) sebagai strategi pembasmian kemiskinan di Sabah oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Matlamat program ini adalah untuk membantu penerima bantuan menerapkan kesedaran untuk berubah dan berusaha menjana pendapatan serta hidup berdikari tanpa bergantung ...