STRATEGI PELAKSANAAN 2 YEARS EXIT PROGRAMME (2YEP) BAGI MEMBASMI KEMISKINAN: PERANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SABAH
ABSTRAK Pelaksanaan dasar pembangunan berteraskan pembasmian kemiskinan oleh kerajaan tidak dinafikan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan. Insiden kemiskinan mutlak negara terus menurun 5.6 peratus pada 2019, berbanding 7.6 peratus tahun 2016. Walau bagaimanapun penurunan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar taraf sosioekonomi penduduk di Sabah. Hal ini terbukti apabila Sabah mencatat insiden kemiskinan tertinggi sejak tahun 2004 hingga 2019. Sabah juga mempunyai jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tertinggi sejak tahun 2010 hingga 2015. Senario ini seolah-olah... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Artikel |
Erscheinungsdatum: | 2023 |
Verlag/Hrsg.: |
Penerbit Universiti Malaysia Sabah
|
Schlagwörter: | pembasmian kemiskinan / 2 Years Exit Programme (2YEP) / strategi pelaksanaan / exit policy / kebajikan produktif / skim bantuan kerajaan / poverty eradication / implementation strategy / productive welfare / government assistance scheme |
Sprache: | Englisch |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247302 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/3736 |
ABSTRAK Pelaksanaan dasar pembangunan berteraskan pembasmian kemiskinan oleh kerajaan tidak dinafikan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan. Insiden kemiskinan mutlak negara terus menurun 5.6 peratus pada 2019, berbanding 7.6 peratus tahun 2016. Walau bagaimanapun penurunan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar taraf sosioekonomi penduduk di Sabah. Hal ini terbukti apabila Sabah mencatat insiden kemiskinan tertinggi sejak tahun 2004 hingga 2019. Sabah juga mempunyai jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tertinggi sejak tahun 2010 hingga 2015. Senario ini seolah-olah menggambarkan bahawa program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan tidak mendatangkan kesan terhadap insiden kemiskinan dan jumlah penerima bantuan di Sabah. Justeru, artikel ini menjelaskan peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah dalam melaksanakan 2 Years Exit Programme sebagai satu exit policy melalui pendekatan kebajikan produktif. Matlamat program ini adalah untuk membantu penerima bantuan menerap kesedaran untuk berubah dan berusaha untuk menjana pendapatan serta hidup berdikari tanpa bergantung pada bantuan sebagai sara hidup. Artikel ini adalah kupasan yang bersifat tinjauan awal terhadap strategi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah dalam menurunkan kadar kemiskinan mampu dilaksanakan. Data kajian diperoleh daripada penelitian dokumen dan temu bual tidak formal dengan kakitangan yang terlibat. Dapatan awal kajian ini menemukan peranan jabatan pelaksana dalam mengatur strategi bagi menjayakan 2 Years Exit Programme dibentuk dan dilaksanakan dengan baik. Namun, kejayaan dan kegagalan program ini tidak dapat dinafikan akibat daripada beberapa kelemahan yang ada, baik di pihak pelaksana mahupun klien. Ini memerlukan kajian lanjut bagi memastikan program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak sia-sia dan perbelanjaan yang menggunakan wang rakyat dapat pulangan seperti yang dirancang. ABSTRACT The implementation of development policies based on poverty eradication by the government has ...