PENGETAHUAN PELAJAR DAN AMALAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PENAMPANG, SABAH: STUDENT KNOWLEDGE AND SOLID WASTE MANAGEMENT PRACTICES IN PENAMPANG DISTRICT SECONDARY SCHOOL, SABAH

Masalah pengurusan sisa pepejal yang tidak cekap merupakan antara isu yang dihadapi oleh negara kita. Kemajuan ekonomi negara dan peningkatan jumlah pelajar sekolah merupakan faktor utama penambahan jumlah penghasilan sisa pepejal. Kajian tinjauan pendapat dan temu bual ini bertujuan untuk mengenal pasti komposisi sisa pepejal, pengetahuan alam sekitar pelajar dan amalan pengurusan sisa pepejal dengan pemilihan responden daripada pelajar tingkatan empat secara rawak. Instrumen yang dipakai ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada 320 pelajar di dua buah sekolah menengah daerah Penampang... Mehr ...

Verfasser: CHONG OI MIN
MOHAMMAD TAHIR MAPA
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Kategori sisa / pendidikan alam sekitar / penjanaan komposisi sisa pepejal / penglibatan / pengurusan sisa pepejal / penyertaan / Waste categories / environmental education / solid waste composition generation / involvement / solid waste management / participation
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247284
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/3641

Masalah pengurusan sisa pepejal yang tidak cekap merupakan antara isu yang dihadapi oleh negara kita. Kemajuan ekonomi negara dan peningkatan jumlah pelajar sekolah merupakan faktor utama penambahan jumlah penghasilan sisa pepejal. Kajian tinjauan pendapat dan temu bual ini bertujuan untuk mengenal pasti komposisi sisa pepejal, pengetahuan alam sekitar pelajar dan amalan pengurusan sisa pepejal dengan pemilihan responden daripada pelajar tingkatan empat secara rawak. Instrumen yang dipakai ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada 320 pelajar di dua buah sekolah menengah daerah Penampang. Kajian ini mendapati bahawa pelajar sedar dan mengetahui masalah pengurusan sisa pepejal di sekolah tetapi amalannya masih tidak dapat dilakukan oleh semua warga sekolah. Responden cukup mementingkan pendidikan alam sekitar di sekolah sebagai penyelamatnya. Namum begitu, mereka tidak mempedulikan perkara ini. Kajian juga meninjau penglibatan dan penyertaan kontraktor sekolah dalam pengurusan sisa pepejal yang disediakan oleh Syarikat Alyssa Enterprise Sendirian Berhad dan Majlis Daerah Penampang. Kerjasama dan tanggungjawab daripada semua pihak adalah sangat penting untuk menjayakan semua aktiviti pengurusan sisa pepejal di sekolah. Oleh itu, hasil dapatan artikel ini mampu memberi pandangan luas terhadap pengetahuan pelajar dan jumlah penjanaan komposisi sisa pepejal yang dihasilkan supaya pihak sekolah dapat mengambil tindakan pengurusan sisa pepejal dengan lebih berkesan dan cekap pada masa hadapan. The problem of inefficient solid waste management is one of the issues in our country. The economic development of the country and the increase in the number of school students is the main factor in the increase in the amount of solid waste production. This opinion survey and interview study aimed to identify the composition of solid waste, students’ environmental knowledge and solid waste management practices by randomly selecting respondents from form four students. The instrument used was a questionnaire distributed to ...