UNSUR KEARIFAN TEMPATAN DALAM ADAT KEMATIAN MASYARAKAT BAJAU DI SABAH: ANALISIS DARI PERSPEKTIF HUKUM ISLAM: Local Wisdom Elements on Death Ritual among Bajau Ethnic in Sabah: An Analysis from the Islamic Perspective
Abstrak Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri hasil interaksi dengan pelbagai tamadun dan agama, yang bersinergi dengan berbagai unsur sinkretisme. Hasil daripada campur tangan golongan cerdik pandai tempatan yang mengadunkan antara budaya tradisi dan syariat Islam, telah mencetuskan berbagai corak keilmuan dan kearifan tempatan. Kearifan tempatan dapat dikonsepkan sebagai pengetahuan unik yang didapati dalam sebuah masyarakat yang dikemukakan oleh masyarakat tradisional melalui pengalaman dan integrasi dengan lingkungan persekitaran. Dalam disiplin ilmu Syariah, kearifan tempatan... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Artikel |
Erscheinungsdatum: | 2019 |
Verlag/Hrsg.: |
Penerbit UMS
|
Schlagwörter: | Kearifan tempatan / Bajau / adat kematian / Sabah / hukum Islam / Local wisdom / death ritual / Islamic perspective |
Sprache: | Englisch |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-29247044 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/1877 |
Abstrak Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri hasil interaksi dengan pelbagai tamadun dan agama, yang bersinergi dengan berbagai unsur sinkretisme. Hasil daripada campur tangan golongan cerdik pandai tempatan yang mengadunkan antara budaya tradisi dan syariat Islam, telah mencetuskan berbagai corak keilmuan dan kearifan tempatan. Kearifan tempatan dapat dikonsepkan sebagai pengetahuan unik yang didapati dalam sebuah masyarakat yang dikemukakan oleh masyarakat tradisional melalui pengalaman dan integrasi dengan lingkungan persekitaran. Dalam disiplin ilmu Syariah, kearifan tempatan mempunyai signifikan yang tersendiri dalam proses pembinaan hukum Islam. Pengambilkiraan kearifan tempatan ini sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi pembinaan hukum Islam berlatarkan realiti masyarakat setempat. Justeru, objektif kajian ini cuba menganalisis kewujudan kearifan tempatan masyarakat Bajau di Sabah khususnya dalam adat kematian mereka menurut perspektif Islam. Hal ini perlu bagi memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum adat kematian dalam Islam dengan realiti perlaksanaannya dalam masyarakat Bajau. Sehubungan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual, observasi dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, dalam adat kematian Bajau di Sabah, terdapat banyak tokok tambah hasil daripada pengalaman dan pengaruh masyarakat setempat Bajau. Unsur tokok tambah ini perlu dianalisis, sama ada ia termasuk dalam ‘urf fasid kerana adanya unsur bid’ah dan khurafat ataupun ia termasuk dalam ‘urf sahih kerana pengambilkiraan kearifan tempatan tersebut tidak menjejaskan proses pembinaan hukum Islam. Abstract Every society has forged its very own and unique culture through interactions with various civilizations and religions, which is mostly blended with a wide number of syncretism elements. Later interventions by local Islamic scholars have synergized this cultural tradition with Shariah, resulting in a variety of ...