Tenaga Kerja Indonesia (TKI) Bugis dalam Sektor Perladangan Kelapa Sawit di Sabah
Tenaga Kerja Indonesia (TKI) merupakan sumber pekerja utama dalam sektor perladangan di Sabah, terutamanya kelapa sawit. Kumpulan TKI yang paling dominan adalah berketurunan Bugis (termasuk TKI dan Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang datang dari Sulawesi Selatan, diikuti oleh pekerja berketurunan Timor (Adonara dan Flores di Nusa Tenggara) dan Jawa. Kertas kerja ini memfokuskan kajian ke atas TKI berketurunan Bugis dan cuba melihat bagaimana kumpulan ini mendominasi sektor ini di Sabah. Bagi melengkapi kajian ini, tinjauan dan temu bual telah dibuat di beberapa buah estet di Sandakan, Kina... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Artikel |
Erscheinungsdatum: | 2016 |
Verlag/Hrsg.: |
Penerbit UMS
|
Sprache: | Englisch |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-29246925 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/10 |
Tenaga Kerja Indonesia (TKI) merupakan sumber pekerja utama dalam sektor perladangan di Sabah, terutamanya kelapa sawit. Kumpulan TKI yang paling dominan adalah berketurunan Bugis (termasuk TKI dan Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang datang dari Sulawesi Selatan, diikuti oleh pekerja berketurunan Timor (Adonara dan Flores di Nusa Tenggara) dan Jawa. Kertas kerja ini memfokuskan kajian ke atas TKI berketurunan Bugis dan cuba melihat bagaimana kumpulan ini mendominasi sektor ini di Sabah. Bagi melengkapi kajian ini, tinjauan dan temu bual telah dibuat di beberapa buah estet di Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan Tawau. Di samping itu, temu bual turut dibuat dengan Konsulat Jenderal Indonesia di Kota Kinabalu dan Tawau, pihak majikan dan agensi pekerjaan. Kajian mendapati bahawa rangkaian sosial dalam kalangan migran Bugis dan faktor desakan ekonomi serta usaha untuk meningkatkan taraf hidup sebagai punca utama migran Bugis cukup dominan dalam sektor perladangan di Sabah.