PEMANTAUAN PERUBAHAN GUNA TANAH MENGGUNAKAN APLIKASI PENDERIAAN JAUH DI PENAMPANG, SABAH: Monitoring of Land-Use Change Using Remote Sensing Application In Penampang, Sabah

Penampang merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian Pantai Barat Negeri Sabah, berkeluasan 466 198 km2 dan telah mengalami proses pembangunan yang aktif semenjak beberapa tahun yang lalu. Kajian dilaksanakan bertujuan mengenalpasti pola perubahan guna tanah di daerah Penampang bagi tahun 2008 dan 2014 serta menentukan jenis guna tanah yang terdapat di kawasan kajian. Di samping itu, Kajian ini turut mengenalpasti implikasi dan faktor yang mempengaruhi perubahan guna tanah di kawasan kajian. Hal ini pentingkerana perubahan guna tanah yang drastik memerlukan kajian dari semasa ke semasa... Mehr ...

Verfasser: Asik, Antonio
Ladoni, Abdul Munir Hafizy
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: BorIIS & UMS PRESS
Schlagwörter: Erdas Imagine 2014 / Guna tanah / Klasifikasi Terselia / Landsat Thematic Mapper / Penderiaan jauh / Perubahan guna tanah
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29246735
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/2806

Penampang merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian Pantai Barat Negeri Sabah, berkeluasan 466 198 km2 dan telah mengalami proses pembangunan yang aktif semenjak beberapa tahun yang lalu. Kajian dilaksanakan bertujuan mengenalpasti pola perubahan guna tanah di daerah Penampang bagi tahun 2008 dan 2014 serta menentukan jenis guna tanah yang terdapat di kawasan kajian. Di samping itu, Kajian ini turut mengenalpasti implikasi dan faktor yang mempengaruhi perubahan guna tanah di kawasan kajian. Hal ini pentingkerana perubahan guna tanah yang drastik memerlukan kajian dari semasa ke semasa bagi melihat sektor yang berperanan dalam meningkatkan perubahan struktur ekonomi dan telah melibatkan perubahan guna tanah secara keseluruhannya. Kajian ini mengaplikasikan kaedah Klasifikasi Terselia dan diproses dalam perisian Erdas Imagine 2014untuk tujuan analisis. Hasil kajian mendapati guna tanah di daerah Penampang telah mengalami perubahan yang amat besar sepanjang tempoh kajian. Guna tanah yang telah mengalami perubahan ketara adalah hutan, tepu bina, kawasan lapang dan badan air. Penemuan kajian turut menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perubahan guna tanah serta wujud implikasi ke atas perubahan tersebut. Kajian ini juga mendapati pendekatan penderiaan jauh sesuai untuk diaplikasikan dalam kajian berkaitan perubahan guna tanah. Justeruitu, perancangan dan pengurusan yang sistematik dan efektif perlu dilaksanakan bagi mengawal pembangunan guna tanah di daerah Penampang. Ini penting kerana ia bukan sahaja sebagai petunjuk pembangunan dari perspektif fizikal, tetapi juga petunjuk kepada kesejahteraan awam terutamanya masyarakat setempat agar proses pembangunan berjalan secara terancang dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada persekitaran fizikal untuk generasi akan datang. enampang is a district located at the West Coast of the State of Sabah, with area of 466 198 km2and has undergone an active development process for the past few years. This study was conducted to identify patterns ...