PENERIMAAN YOUTUBE SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT AGAMA ISLAM DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI KAMPUNG ULU PUTATAN, SABAH: PENGAPLIKASIAN MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI (TAM) DAN TEORI KREDIBILITI. : THE ACCEPTANCE OF YOUTUBE AS A SOURCE OF ISLAMIC RELIGIOUS INFORMATION AMONG THE COMMUNITY IN KAMPUNG ULU PUTATAN, SABAH: THE APPLICATION OF THE TECHNOLOGY ACEPTANCE MODEL (TAM) AND CREDIBILITY THEORY
Dalam era ledakan teknologi kini, Youtubetelah menjadi alternatif baru bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat agama Islam dengan lebih mudah dan pantas. Youtubemerupakan antara medium dakwah popular dalam internet, kerana dilihat sebagai medium yang boleh menarik minat masyarakat kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual. Sehubungan dengan itu, masyarakat mula memanfaatkannya sebagai platform untuk pembelajaran dan pemahaman mengenai agama Islam. Namun, ruang lingkup penggunaan Youtubeyang terbuka menyebabkan berlakunya kebanjiran maklumat agama Islam. Limpahan maklumat te... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Artikel |
Erscheinungsdatum: | 2020 |
Verlag/Hrsg.: |
BorIIS & UMS PRESS
|
Schlagwörter: | Penerimaan / Youtube / Maklumat Agama Islam / Teori Kredbiliti / Model Penerimaan Teknologi (TAM) |
Sprache: | Englisch |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-29246734 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/2802 |
Dalam era ledakan teknologi kini, Youtubetelah menjadi alternatif baru bagi masyarakat untuk mendapatkan maklumat agama Islam dengan lebih mudah dan pantas. Youtubemerupakan antara medium dakwah popular dalam internet, kerana dilihat sebagai medium yang boleh menarik minat masyarakat kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual. Sehubungan dengan itu, masyarakat mula memanfaatkannya sebagai platform untuk pembelajaran dan pemahaman mengenai agama Islam. Namun, ruang lingkup penggunaan Youtubeyang terbuka menyebabkan berlakunya kebanjiran maklumat agama Islam. Limpahan maklumat tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan isu kredibiliti kandungan maklumat yang diterima oleh pengguna. Kajian empirikal terhadap kajian lepas mendapati maklumat agama Islam diterima atas faktor Youtubemudah diguna dan berguna. Namun, dari perspektif model yang digunakan dilihat tidak mendalam dan kurang memfokuskan terhadap faktor penerimaan terhadap kandungannya. Ini kerana, adalah amat penting satu pemahaman dibina untuk mengetahui bagaimana kredbiliti maklumat agama Islam dari Youtubeditentukan. Justeru, wujudnya keperluan untuk membuat penelitian bagi mengetahui faktor kepercayaan terhadap maklumat agama Islam dari Youtubeyang mendorong kepada penerimaan Youtubesebagai sumber maklumat agama Islam. Penerimaan adalah sesuatu yang perlu dikaji untuk menjangkakan implikasi yang mungkin wujud dalam kehidupan. In this current era of technology boom, YouTube has become a new alternative for the community to get information about Islam more easily and quickly. YouTube is one of the popular Da'wahmedium in the internet, because it is seen as a medium that can attract the interest of the community because of its nature that combines audio and visual elements. In this regard, the community began to use it as a platform for learning and understanding of Islam. However, the scope of open use of YouTube has led to an influx of Islamic religious information. The overflow of such information has indirectly raised the issue of ...