MAHARAJA OVERBECK: SATU PANDANGAN MENGENAI HAK DAN KEDUDUKAN PEMERINTAH BORNEO UTARA (1877-1881): MAHARAJAH OVERBECK: A VIEW ON THE RIGHTS AND POSITIONS ON THE GOVERMENT OF NORTH BORNEO (1877-1881)

Gustavos Overbeck adalah seorang saudagar, pengembara, dan diplomat. Apabila beliau memajak seluruh wilayah Borneo Utara pada tahun 1877, Sultan Brunei telah melantik beliau sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan. Tujuan Overbeck pergi ke Borneo Utara hanya untuk berniaga demi mencari keuntungan. Pada tahun 1854, beliau menjadi ejen perdagangan kepada sebuah syarikat British, iaitu Dent & Company di Hong Kong. Pada tahun 1864-1866, beliau pernah dilantik sebagai konsul Austria. Pada awal tahun 1876, Overbeck telah membeli hak konsesi syarikat American Trading Company yang memiliki... Mehr ...

Verfasser: Sulaiman, Yusry
Bala, Bilcher
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: BorIIS & UMS PRESS
Schlagwörter: Overbeck / Konsesi / Koloni / Maharaja Sabah / Concession / Colony / Sabah Emperor
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29246581
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/2427

Gustavos Overbeck adalah seorang saudagar, pengembara, dan diplomat. Apabila beliau memajak seluruh wilayah Borneo Utara pada tahun 1877, Sultan Brunei telah melantik beliau sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan. Tujuan Overbeck pergi ke Borneo Utara hanya untuk berniaga demi mencari keuntungan. Pada tahun 1854, beliau menjadi ejen perdagangan kepada sebuah syarikat British, iaitu Dent & Company di Hong Kong. Pada tahun 1864-1866, beliau pernah dilantik sebagai konsul Austria. Pada awal tahun 1876, Overbeck telah membeli hak konsesi syarikat American Trading Company yang memiliki konsesi ke atas Borneo Utara. Overbeck bercita-cita untuk menubuhkan sebuah pemerintahan koloni. Pada bulan November 1877, beliau belayar ke Borneo Utara dengan tujuan untuk memperoleh hak wilayah dan eksploitasi sumbernya. Beliau menghadap Sultan Brunei untuk memperbaharui konsesi yang hampir tamat tempoh pada ketika itu. Pada 29 Disember 1877, satu perjanjian konsesi ke atas Borneo Utara dengan Sultan Abdul Momin telah termeterai. Perjanjian tersebut memberi hak sepenuhnya kepada Overbeck untuk memerintah Borneo Utara. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan arkib. Makalah ini akan menjelaskan kejayaan dan kegagalan Overbeck untuk memanfaat kedudukan beliau sebagai pemerintah di Borneo Utara sehingga tahun 1881. Gustavos Overbeck was a merchant, traveler, and diplomat. When he occupied the whole province of North Borneo in 1877, the Sultan of Brunei appointed him as Maharaja of Sabah, and Raja of Gaya and Sandakan. Overbeck's intention to go to North Borneo was only to do business for profit. In 1854, he became a trading agent for a British company, the Dent & Company in Hong Kong. In 1864-1866 he was appointed as consul of Austria. In early 1876, Overbeck purchased the concession rights of the American Trading Company, which had concessions over North Borneo. Overbeck aspired to establish a colony. In November 1877 he sailed to North Borneo with the aim of securing territorial rights and exploiting ...