PENYERTAAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) DALAM PILIHAN RAYA UMUM 14 (PRU-14) DI SABAH: PENELITIAN KE ATAS POLA PENGUNDIAN, PENDEKATAN BERKEMPEN DAN PERSEPSI MASYARAKAT: THE MALAYSIAN ISLAMIC PARTY (PAS) IN 14th GENERAL ELECTIONS (GE-14) IN SABAH: A STUDY ON VOTING PATTERN, CAMPAIGN APPROACHES AND SOCIETY’S PERCEPTION

Kajian menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan analisis data sekunder ke atas pendekatan kempen dan pola pengundian akar umbi terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan raya Umum ke-14 yang lalu menyaksikan persaingan sengit antara PAS Sabah dengan parti-parti politik lain di negeri ini. Tahap sokongan yang sederhana dan kemampuan untuk menarik sokongan pengundi yang agak terbatas kepada masyarakat Islam dan segelintir penyokong bukan beragama Islam di negeri ini membuktikan wujudnya laluan berliku yang telah diharungi PAS Sabah dalam merealisasikan 'anak sulung' untuk PRU kali... Mehr ...

Verfasser: Mohd Radzi, Mohamad Shaukhi
Awang Ahmad, Syahruddin
Sakke, Nordin
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2018
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Pola pengundian / Harakah Islamiah / persepsi / Ceramah Kelompok / kempen maya / Voting pattern / Islamic Movement / perception / Lectures Group / virtual campaign
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29246481
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1679

Kajian menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan analisis data sekunder ke atas pendekatan kempen dan pola pengundian akar umbi terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam Pilihan raya Umum ke-14 yang lalu menyaksikan persaingan sengit antara PAS Sabah dengan parti-parti politik lain di negeri ini. Tahap sokongan yang sederhana dan kemampuan untuk menarik sokongan pengundi yang agak terbatas kepada masyarakat Islam dan segelintir penyokong bukan beragama Islam di negeri ini membuktikan wujudnya laluan berliku yang telah diharungi PAS Sabah dalam merealisasikan 'anak sulung' untuk PRU kali ini. Corak sokongan yang tidak menyeluruh secara relatif juga menunjukkan bahawa masyarakat Islam khasnya dan bukan Islam amnya di negeri ini perlu dibimbing dan diperbetulkan persepsi mereka terhadap kemampuan sebenar agama Islam sebagai landasan kehidupan yang hakiki. Kejelasan aspirasi 'gagasan sejahtera' sebagai manifesto PAS adalah baik untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama tetapi selagi mandat untuk memerintah negeri ini masih belum diperoleh oleh Parti yang sudah lama bertapak di negara ini, maka selagi itulah kebaikan yang dibawa oleh Islam melalui PAS tidak dapat direalisasikan. Justeru, pendekatan kempen yang berteraskan harakah Islamiah serta „muwajahah silmiyyah’ amat penting untuk dipertingkatkan kaedah dan salurannya demi menghebahkan mesej berkenaan dengan nilai-nilai Islam untuk semua rakyat di negeri ini. Usaha ini perlu diperkemas khusus untuk PAS Sabah menanamkan keyakinan masyarakat berbilang kaum di negeri ini agar seiring dengan perjuangannya. Kelebihan yang ada pada PAS adalah pengalaman yang luas dalam mengendalikan pendekatan Ceramah Kelompok dan sudah tentu aplikasi Facebook melalui kempen maya. Aspek ini jika diberikan perhatian dengan memasukkan idea-idea pembangunan ekonomi dan sosial di Sabah seharusnya berupaya memperkukuhkan strategi dan taktik kempen parti ini untuk berjaya meraih undi lebih besar dalam PRU-15 yang akan datang. Abstract The study uses participatory observation and ...