MEMBACA SUMBER MENULIS SEJARAH: SURAT ZAKARIA GUNN SEBAGAI BAHAN PENELITIAN PERGERAKAN PARTI KEBANGSAAN MELAYU DI SABAH
Keinginan manusia untuk mengungkapkan kembali masa lalu dalam upaya memahami masa lalu tersebut bukanlah suatu perkara baru. Keadaan ini disebabkan, keberadaan masa lalu hanya dapat diungkapkan melalui pengumpulan sumber sejarah. Dalam hal ini, sumber memainkan peranan penting untuk menjelaskan berkenaan sesuatu peristiwa berdasarkan penemuan daripada sumber sejarah. Keberadaan sumber sejarah akan memungkinkan sejarawan menghasilkan penulisan yang tepat dan lebih objektif sifatnya. Oleh sebab itu, sejarawan harus mencari, mengumpul dan memastikan sumbernya kerana dengan sumber sejarawan berhar... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Artikel |
Erscheinungsdatum: | 2018 |
Verlag/Hrsg.: |
Penerbit Universiti Malaysia Sabah
|
Schlagwörter: | Sumber Dokumen / Sejarah Sabah / Sejarah Politik / Zakaria Gunn / Political history / Sabah History |
Sprache: | Englisch |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-29246479 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1663 |
Keinginan manusia untuk mengungkapkan kembali masa lalu dalam upaya memahami masa lalu tersebut bukanlah suatu perkara baru. Keadaan ini disebabkan, keberadaan masa lalu hanya dapat diungkapkan melalui pengumpulan sumber sejarah. Dalam hal ini, sumber memainkan peranan penting untuk menjelaskan berkenaan sesuatu peristiwa berdasarkan penemuan daripada sumber sejarah. Keberadaan sumber sejarah akan memungkinkan sejarawan menghasilkan penulisan yang tepat dan lebih objektif sifatnya. Oleh sebab itu, sejarawan harus mencari, mengumpul dan memastikan sumbernya kerana dengan sumber sejarawan berharap dan dengan sumber juga sejarawan mendapatkan fakta untuk menghasilkan penulisannya. Kebergantungan sejarawan kepada sumber dalam menghasilkan penulisannya dapat diperhatikan apabila telusuran terhadap perkembangan politik awal Sabah selepas Perang Dunia Kedua diperhatikan keberadaannya. Ternyata, tempoh masa terbabit adalah kesenjangan nyata dalam memahami dan mengungkapkan kembali perkembangan politik awal di Sabah sehinggakan timbul kenyataan daripada sarjana Barat bahawa selepas Perang Dunia merupakan zaman ketandusan politik masyarakatnya. Walau bagaimanapun, tesis ini tampaknya dapat direkonstruksi semula bersandarkan kepada surat peribadi Zakaria Gunn yang membuktikan bahawa sudah terdapat penentangan secara berorganisasi dalam kalangan masyarakat Sabah yang terpengaruh dengan perkembangan politik di Tanah Melayu dan Brunei untuk memerdekakan negeri mereka daripada British. Justeru itu, artikel ini akan mengangkat kepentingan sumber dalam mengungkapkan masa lalu khususnya perkembangan politik awal Sabah selepas Perang Dunia Kedua. The human desire to recapitulate the past as an effort to understand what took place in the past is not a new phenomenon. This is because the existence of history can only be depicted through amassing various historical resources. In this context, the resources play pertinent roles in explaining events based on finding from historical resources. Consequently, the existence of historical ...