MEDIA DAN LITERASI POLITIK DI SABAH MENJELANG PRU-14: KAJIAN KES PARLIMEN TAWAU: MEDIA AND POLITICAL LITERACY AHEAD OF GE-14: THE CASE STUDY OF TAWAU PARLIAMENT
Artikel ini bertujuan untuk melihat berkenaan dengan peranan yang dimainkan oleh media dalam meningkatkan literasi politik pengundi di kawasan Parlimen Tawau. Kajian ini menganalisis tentang kefahaman pengundi di Tawau berkenaan dengan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara dalam proses demokrasi terunggul, iaitu pilihan raya umum. Pemahaman terhadap politik ini yang juga dikenali sebagai literasi politik semakin meningkat daripada satu pilihan raya ke pilihan raya yang lain, dan salah satu penyumbang kepada literasi politik ini adalah peranan yang dimainkan oleh media. D... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Artikel |
Erscheinungsdatum: | 2018 |
Verlag/Hrsg.: |
Penerbit Universiti Malaysia Sabah
|
Schlagwörter: | Media / literasi politik / Parlimen Tawau / PRU-14 / political literacy / Tawau Parliament / GE-14 |
Sprache: | Englisch |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-29246470 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1649 |
Artikel ini bertujuan untuk melihat berkenaan dengan peranan yang dimainkan oleh media dalam meningkatkan literasi politik pengundi di kawasan Parlimen Tawau. Kajian ini menganalisis tentang kefahaman pengundi di Tawau berkenaan dengan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara dalam proses demokrasi terunggul, iaitu pilihan raya umum. Pemahaman terhadap politik ini yang juga dikenali sebagai literasi politik semakin meningkat daripada satu pilihan raya ke pilihan raya yang lain, dan salah satu penyumbang kepada literasi politik ini adalah peranan yang dimainkan oleh media. Data-data yang digunakan dalam kajian ini adalah bersandarkan kepada data kaji selidik yang dijalankan sebelum pembubaran Parlimen untuk PRU-14, dengan menggunakan borang soal selidik, sebanyak 1,000 borang yang diedarkan ke tiga buah DUN yang terdapat dalam kawasan Parlimen Tawau. Selain itu juga, Focus Group Discussion (FGD) turut dilakukan bagi menambah dan menguatkan lagi data-data daripada borang soal selidik dengan menemu bual beberapa orang responden di kawasan tersebut. Kajian berjaya membuktikan bahawa literasi politik pengundi-pengundi di Tawau ini adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh media, sama ada media elektronik, media cetak, mahupun media sosial. Penulisan ini juga menunjukkan bahawa pengundi-pengundi di kawasan Tawau mula menunjukkan kefahaman yang tinggi dalam politik apabila mereka mampu menganalisis dan memberikan pandangan berkenaan dengan kuasa yang mereka ada sebagai seorang pemilih. Keadaan ini sekali gus berjaya merubah suasana atau trend pengundian pengundi di Tawau apabila mereka tidak lagi mudah untuk percaya atau terpengaruh kepada sesuatu isu-isu politik itu tanpa membuat sebarang penilaian terhadap maklumat tersebut. Akhirnya, ia akan mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya umum bagi memilih calon untuk mewakili mereka sewaktu PRU-14 kelak. AbstractThis paper explains the role played by the media in the increase of political literacy in Tawau Parliamentary constituency. This study ...