Hubungan Kemahiran dan Pengetahuan terhadap Pencapaian Kendiri Guru Bahasa Melayu di Sabah
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pencapaian kendiri guru Bahasa Melayu di Sabah. Soal selidik sebagai instrumen kajian telah digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif melibatkan seramai 380 guru Bahasa Melayu iaitu sebagai responden. Data kajian telah dianalisis menggunakan statistik IBM SPSS versi 22. Data yang diperoleh secara analisis inferensi menggunakan ujian statistik parametrik iaitu korelasi Pearson. Dapatan kajian daripada analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahu... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Journal:earticle |
Erscheinungsdatum: | 2021 |
Verlag/Hrsg.: |
Secholian Publication
|
Schlagwörter: | Indonesia |
Sprache: | Indonesian |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-29241752 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://www.neliti.com/publications/527627/hubungan-kemahiran-dan-pengetahuan-terhadap-pencapaian-kendiri-guru-bahasa-melay |
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Melayu terhadap pencapaian kendiri guru Bahasa Melayu di Sabah. Soal selidik sebagai instrumen kajian telah digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif melibatkan seramai 380 guru Bahasa Melayu iaitu sebagai responden. Data kajian telah dianalisis menggunakan statistik IBM SPSS versi 22. Data yang diperoleh secara analisis inferensi menggunakan ujian statistik parametrik iaitu korelasi Pearson. Dapatan kajian daripada analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap kemahiran dengan pencapaian kendiri guru Bahasa Melayu. Implikasi daripada kajian ini, mencadangkan bahawa pencapaian kendiri guru Bahasa Melayu perlu sentiasa dipertingkatkan dan ditambah baik dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam meningkatkan pencapaian kendiri guru Bahasa Melayu di sekolah.