Reaksi Penduduk Sabah terhadap Pembentukan Malaysia: suatu Perbandingan Dulu dan Kini
Sejarah pembentukan Malaysia merupakan episod penting dalam konteks sejarah negara ini. Sekalipun Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada asalnya adalah melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, tetapi artikel ini hanya akan memberi tumpuan ke-atas Sabah sahaja, khususnya dalam aspek reaksi penduduk di negeri ini terhadap pembentukan persekutuan tersebut dalam dua era yang berbeza iaitu sebelum dan selepas pembentukannya. Penelitian reaksi penduduk Sabah terhadap pembentukan Malaysia sebelum persekutuan adalah berasaskan penelitian terhadap data sekunder yang diperoleh dari akhbar... Mehr ...
Verfasser: | |
---|---|
Dokumenttyp: | Journal:earticle |
Erscheinungsdatum: | 2020 |
Verlag/Hrsg.: |
Secholian Publication
|
Schlagwörter: | Indonesia |
Sprache: | Indonesian |
Permalink: | https://search.fid-benelux.de/Record/base-29241728 |
Datenquelle: | BASE; Originalkatalog |
Powered By: | BASE |
Link(s) : | https://www.neliti.com/publications/517052/reaksi-penduduk-sabah-terhadap-pembentukan-malaysia-suatu-perbandingan-dulu-dan |
Sejarah pembentukan Malaysia merupakan episod penting dalam konteks sejarah negara ini. Sekalipun Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada asalnya adalah melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, tetapi artikel ini hanya akan memberi tumpuan ke-atas Sabah sahaja, khususnya dalam aspek reaksi penduduk di negeri ini terhadap pembentukan persekutuan tersebut dalam dua era yang berbeza iaitu sebelum dan selepas pembentukannya. Penelitian reaksi penduduk Sabah terhadap pembentukan Malaysia sebelum persekutuan adalah berasaskan penelitian terhadap data sekunder yang diperoleh dari akhbar tempatan yang diterbitkan pada ketika itu. Sebaliknya, bagi menilai reaksi penduduk Sabah selepas pembentukan Malaysia adalah berdasarkan penggunaan survei. Berdasarkan penggunaan kedua-dua kaedah tersebut maka adalah ditegaskan bahawa reaksi penduduk Sabah terhadap pembentukan Malaysia adalah pelbagai. Secara keseluruhannya dapatan tersebut memberi gambaran bahawa isu pembentukan Malaysia merupakan isu yang kekal hebat diperkatakan di negeri ini.