Asal-usul Kampung Nelumad: Analisis dari Perspektif Mitos dan Legenda Masyarakat Dusun di Ranau, Sabah

Asal usul nama sesuatu tempat walaupun boleh diterangkan berdasarkan sejarah samada melalui bukti catatan bertulis mahupun melalui sejarah lisan, tetapi nama sesuatu tempat atau kampung khususnya dalam masyarakat di Sabah seringkali dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda rakyat. Unsur-unsur mitos dan legenda rakyat merupakan elemen yang penting dalam kebudayaan sesebuah masyarakat dan berperanan membentuk solidariti dan nilai kolektif yang dikongsi bersama setiap ahlinya. Objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menerangkan asal-usul Kampung Nelumad melalui sejarah lisan dan ju... Mehr ...

Verfasser: Mohd Tamring, Budi Anto
Atin, Veronica Petrus
Adeh, Nelson Justin
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-29238980
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/2449

Asal usul nama sesuatu tempat walaupun boleh diterangkan berdasarkan sejarah samada melalui bukti catatan bertulis mahupun melalui sejarah lisan, tetapi nama sesuatu tempat atau kampung khususnya dalam masyarakat di Sabah seringkali dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda rakyat. Unsur-unsur mitos dan legenda rakyat merupakan elemen yang penting dalam kebudayaan sesebuah masyarakat dan berperanan membentuk solidariti dan nilai kolektif yang dikongsi bersama setiap ahlinya. Objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menerangkan asal-usul Kampung Nelumad melalui sejarah lisan dan juga menjelaskannya dalam konteks mitos dan legenda rakyat setempat. Hasil kajian yang diperoleh menggunakan kaedah temu bual menunjukkan kampung Nelumad telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan British lagi. Penduduk awal kampung Nelumad adalah daripada dua keturunan iaitu keturunan Gimbukon dan keturunan Kumantan dan kedua-dua keturunan keluarga ini telah berkembang dan mempunyai tujuh generasi keturunan sehingga kini. Asal-usul nama kampung Nelumad pula adalah berdasarkan dua versi sumber iaitu versi pertama berdasarkan pertemuan antara dua sungai dan versi kedua adalah berdasarkan kisah pemburu yang menemui kanak-kanak berhampiran dengan sungai. Selain itu, Nelumad juga dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Notuhan, Dantaion dan Lakang yang juga terbentuk atau dinamakan berdasarkan peristiwa alam sekitar dan cerita mitos serta legenda rakyat setempat.