Punca Penghijrahan Orang Bugis ke Tawau, Sabah

Orang Bugis terkenal sebagai suku bangsa pelaut yang telah mengembangkan suatu kebudayaan maritim sejak beberapa abad lamanya di Indonesia. Perahu-perahu mereka dari jenis Phinisi dan Lambo telah mengharungi perairan Nusantara bahkan sehingga ke Sri Lanka, Filipina dan Australİa Utara untuk berdagang. Kebudayaan marİtİm darİ kalangan orang Bugİs İni tidak hanya mengembangkan perahu layar serta kepandaian berlayar yang cukup tinggi, tetapi juga turut meninggalkan suatu hükum niaga dan pelayaran l . Warisan hükum pelayamn tertulis disebut adek allopilopping bicara pabbulaku yang dituIİs dalam hu... Mehr ...

Verfasser: Sintang, Suraya
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2005
Verlag/Hrsg.: PKM UPSI
Schlagwörter: punca penghijrahan orang bugis / tawau / perang makasar / kahar muzakkar / orang tidong
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28840980
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3383

Orang Bugis terkenal sebagai suku bangsa pelaut yang telah mengembangkan suatu kebudayaan maritim sejak beberapa abad lamanya di Indonesia. Perahu-perahu mereka dari jenis Phinisi dan Lambo telah mengharungi perairan Nusantara bahkan sehingga ke Sri Lanka, Filipina dan Australİa Utara untuk berdagang. Kebudayaan marİtİm darİ kalangan orang Bugİs İni tidak hanya mengembangkan perahu layar serta kepandaian berlayar yang cukup tinggi, tetapi juga turut meninggalkan suatu hükum niaga dan pelayaran l . Warisan hükum pelayamn tertulis disebut adek allopilopping bicara pabbulaku yang dituIİs dalam huruf lontara ' Bugis oleh Ammana Gappa pada abad ke- 17 (Halilintar Lathief, 2003:18). Orang Bugis bersifat terbuka dan sanggup meninggalkan tanahair mereka sekiranya berasa tertekan. Pergolakan yang berlaku sejak abad ke-16 di mana terjadinya serangkaian peperangan antara kerajaan-kerajaan di Sulawesİ Selatan yang berterusan dengan peperangan menentang penjajah Belanda pada abad ke- 19 menycbabkan ramai dari kalangan orang Bugis merantau keluar dari Sulawesi Selatan. Situasi ini dapat dilihat di kalangan orang Bugis Pagatan di Pantai Barat dan Selatan Kalimantan, di daerah-daerah Pantai Timur dan Utara Sumatera dan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Pemilihan negeri-negeri Melayu sebagai destinasi akhir orang Bugis bukan sahaja disebabkan oleh kekacauan yang berlaku di tanahaİr mereka, sebaliknya kecenderungan berlayar dan meneroka dunia baru adalah arıtara faktor mengapa orang Bugis berserakan di merata pelusuk Alam Melayu (Mohd Akbal Abdullah & Abdullah Sulaiman, 2005: 3). Kertas kerja İni akan menelİtİ fenomena penghijrahan orang Bugİs di salah sebuah negeri di Malaysia iaitu di daerah Tawau, Sabah. Proses penghijrahan orang Bugis ke daerah tersebut memperlihatkan punca yang hampir serupa dengan penghijrahan orang Bugis di beberapa kawasan lain sebelumnya. Namun begitu, punca utama pemilihan Tawau sebagai lokasi penghijrahan orang Bugis pada zaman pasca-merdeka Indonesia adalah disumbangkan Oleh faktor ekonomi di ...