PENTAKRIFAN “RITUAL AMPARAWAK” DI KALANGAN MASYARAKAT MURUT TAHOL DI SABAH: SOROTAN LITERATUR

Perbincangan berkaitan “ritual amparawak” ini sudah pernah dibahaskan dalam kajian-kajian terdahulu dalam kalangan ahli akademik. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian yang membincangkan mengenai “ritual amparawak” terus menjelaskannya secara spesifik berdasarkan kepada jenis aktiviti tanpa mendalami maksud amparawak secara umum menyebabkan penjelasan mengenai ritual ini agak sukar untuk dibahas secara umum tanpa sokongan daripada jenis aktiviti yang menyelitkan ritual ini. Tambahan pula, upacara mahupun aktiviti yang menyelitkan ritual amparawak ini diamalkan bukan sahaja masyarakat Murut Taho... Mehr ...

Verfasser: Rosly, Rozaliza
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: BorIIS & UMS PRESS
Schlagwörter: ritual amparawak / Murut Tahol / upacara / Sabah / Borneo / Malaysia
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28832538
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/4761

Perbincangan berkaitan “ritual amparawak” ini sudah pernah dibahaskan dalam kajian-kajian terdahulu dalam kalangan ahli akademik. Walaubagaimanapun, kebanyakan kajian yang membincangkan mengenai “ritual amparawak” terus menjelaskannya secara spesifik berdasarkan kepada jenis aktiviti tanpa mendalami maksud amparawak secara umum menyebabkan penjelasan mengenai ritual ini agak sukar untuk dibahas secara umum tanpa sokongan daripada jenis aktiviti yang menyelitkan ritual ini. Tambahan pula, upacara mahupun aktiviti yang menyelitkan ritual amparawak ini diamalkan bukan sahaja masyarakat Murut Tahol yang tinggal di daerah Nabawan tetapi juga di daerah lain seperti daerah Tenom. Perbezaan dari segi nama ritual dan cara pelaksanaan yang ditonjolkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di kawasan berbeza ini menambahkan lagi kesukaran dalam mencari tahu definisi bagi amparawak. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menjalankan sorotan literatur terhadap penulisan-penulisan berkaitan ”ritual amparawak” dan mengklasifikasikan semula pendefinisian ritual amparawak. Hasil dapatan kajian menunjukkan definisi amparawak ialah satu perbuatan mencalitkan darah binatang ”smearing animal blood” sama ada pada anggota badan, harta benda mahupun tumbuh-tumbuhan dan ritual ini bertujuan untuk menenangkan dunia spiritual dan inaning masyarakat Murut Tahol. Dengan ritual ini tentunya diharapkan oleh masyarakat Murut Tahol agar terlindung daripada sesuatu perkara yang buruk berbentuk musibah seperti kemalangan, penyakit, hasil tanaman yang tidak menjadi yang menyebabkan kepada kebuluran. Musibah ini dipercayai oleh masyarakat Murut Tahol sebagai kesan daripada bentuk kemarahan dunia spiritual akibat daripada pelanggaran adat yang telah ditetapkan oleh masyarakat ini.