IMPAK PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DARI ASPEK KESIHATAN DAN HUBUNGAN SOSIAL TERHADAP GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH BERSTATUS B40 DI BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH: THE IMPACT OF MOVEMENT CONTROL ORDER (PKP) IMPLEMENTATION FROM THE HEALTH AND SOCIAL ASPECTS OF THE B40 GROUP IN KOTA KINABALU, SABAH

Golongan berpendapatan rendah lebih mudah terancam dengan gelombang pandemik COVID-19 berbanding golongan berpendapatan tinggi. Salah satu situasi yang menggambarkan hal ini adalah semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Dalam tempoh tersebut, berlakunya ketidakstabilan ekonomi golongan berpendapatan rendah (B40). Hal ini demikian kerana, selain menyumbang kepada masalah pengangguran, pelaksanaan PKP juga menyebabkan berlakunya pengurangan terhadap jumlah pendapatan bulanan. Keadaan ini menggambarkan bahawa pelaksanaan PKP mendatangkan impak yang negatif kepada... Mehr ...

Verfasser: ADI JAFAR
MOHAMMAD TAHIR MAPA
NORDIN SAKKE
ABDUL HADI ALIMUDDIN
ETHEL SEBASTIAN DARAUP
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Perintah Kawalan Pergerakan / COVID-19 / golongan berpendapatan rendah / impak kesihatan / impak sosial / Movement Control Order / low income group / health impact / social impact
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28832491
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/3668

Golongan berpendapatan rendah lebih mudah terancam dengan gelombang pandemik COVID-19 berbanding golongan berpendapatan tinggi. Salah satu situasi yang menggambarkan hal ini adalah semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Dalam tempoh tersebut, berlakunya ketidakstabilan ekonomi golongan berpendapatan rendah (B40). Hal ini demikian kerana, selain menyumbang kepada masalah pengangguran, pelaksanaan PKP juga menyebabkan berlakunya pengurangan terhadap jumlah pendapatan bulanan. Keadaan ini menggambarkan bahawa pelaksanaan PKP mendatangkan impak yang negatif kepada golongan berpendapatan rendah khususnya dari sudut ekonomi. Walau bagaimanapun, impak PKP tidak harus dipandang dari sudut ekonomi semata-mata, sebaliknya haruslah dilihat dalam aspek yang lebih luas. Rentetan daripada itu, kajian ini ingin mengenal pasti impak pelaksanaan PKP dari aspek kesihatan dan sosial golongan B40 di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti hubungan angkubah jenis sektor pekerjaan golongan B40 dengan persetujuan terhadap pelaksanaan PKP. Kajian ini menggunakan kaedah survei dalam proses pengutipan data di lapangan. Teknik Analisis Komponen Utama, Ujian Khi Kuasa Dua dan Analisis Tabulasi Silang pula digunakan untuk menganalisis data mentah yang telah diperoleh. Analisis kajian ini mendapati terdapat tiga impak utama pelaksanaan PKP daripadaaspek kesihatan dan hubungan sosial, iaitu peningkatan keselamatan dan jalinan kekeluargaan, keharmonian masyarakat dan ketenangan jiwa serta peningkatan kesihatan. People who are in the low-income group are more vulnerable to the pandemic wave of COVID-19 compare to those who are in the high-income group. One of the situations that illustrates this is during the period of Movement Control Order (PKP) implementation is carried out. During that period of time, the B40 group experienced economic instability. Thisis because, apart from facing unemployment problem, the implementation of PKP also causes a reduction in the total ...