PENGARUH MONSUN TERHADAP BAHAYA BANJIR: KAJIAN KES DATARAN BANJIR BEAUFORT, SABAH: THE EFFECT OF MONSOON TOWARDS FLOOD HAZARD: CASE STUDY OF FLOOD PLAINS IN BEAUFORT, SABAH

ABSTRAK Jumlah hujan yang tinggi merupakan salah satu penyebab kejadian banjir. Intensiti atau jumlah hujan di satu-satu kawasan pula dipengaruhi oleh fenomena musim monsun. Pantai Timur Semenanjung misalnya mempunyai purata jumlah hujan yang tinggi ketika berlakunya musim monsun timur laut. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap tahap bahaya banjir ketika musim tersebut. Ini menunjukkan peningkatan tahap bahaya banjir di sesetengah kawasan khususnya di Pantai Timur Semenanjung dipengaruhi oleh kejadian monsun timur laut. Daerah Beaufort merupakan salah satu kawasan hot spot b... Mehr ...

Verfasser: JAFAR, ADI
SAKKE, NORDIN
MAPA, MOHAMMAD TAHIR
SAUDI, AZALI
HASSAN, DIANA
GEORGE, FIONNA
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Monsun / Banjir / Flood / Monsoon / Northeast Monsoon / Southwest Monsoon / Beaufort Flood Plains / Monsun Timur Laut / Monsun Barat Daya / Dataran Banjir Beaufort
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28832474
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2769

ABSTRAK Jumlah hujan yang tinggi merupakan salah satu penyebab kejadian banjir. Intensiti atau jumlah hujan di satu-satu kawasan pula dipengaruhi oleh fenomena musim monsun. Pantai Timur Semenanjung misalnya mempunyai purata jumlah hujan yang tinggi ketika berlakunya musim monsun timur laut. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap tahap bahaya banjir ketika musim tersebut. Ini menunjukkan peningkatan tahap bahaya banjir di sesetengah kawasan khususnya di Pantai Timur Semenanjung dipengaruhi oleh kejadian monsun timur laut. Daerah Beaufort merupakan salah satu kawasan hot spot banjir di Sabah. Oleh itu, kajian ini ingin mengenal pasti sama ada kejadian banjir yang berlaku di daerah Beaufort juga dipengaruhi oleh fenomena monsun. Justeru, data hidrologi yang diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diintegrasikan bersama data pengukuran tikas di kawasan kajian bagi menentukan ciri-ciri banjir sepanjang tempoh 10 tahun (2009-2018). Data dianalisis menggunakan perisian Anaconda Python versi 3.7 melalui aplikasi Pandas. Melalui analisis tersebut, ciri-ciri banjir seperti aras kedalaman, tempoh masa kejadian dan kekerapan banjir diperolehi. Kajian ini mendapati tahap bahaya banjir di daerah Beaufort adalah lebih dominan pada musim monsun timur laut berbanding monsun barat daya. Walhal, purata jumlah hujan didapati lebih tinggi pada musim monsun barat daya. Ini menunjukkan tahap bahaya banjir di daerah Beaufort tidak dipengaruhi sepenuhnya oleh fenomena angin monsun. ABSTRACT High rainfall is a major cause of floods. The intensity or amount of rainfall in one area is influenced by the monsoon season. The East Coast Peninsular Malaysia, for example, has a high average rainfall during the northeast monsoon season. This has led to an increase in the flood risk during the season. This indicates an increase in the level of flood hazards in some areas, particularly on the East Coast Peninsular, affected by the northeast monsoon event. Beaufort District is one of the flood hot spots in Sabah. ...