FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KESATUAN SEKERJA SELEPAS PENSWASTAAN: ANALISIS KE ATAS KESATUAN SEKERJA TERPILIH DI SABAH: FACTORS INFLUENCING THE DEVELOPMENT OF TRADE UNIONS AFTER PRIVATIZATION: AN ANALYSIS OF SELECTED TRADE UNION IN SABAH

Kewujudan amalan penswastaan di Malaysia sememangnya menjadi kerisauan kepada kesatuan sekerja yang melalui proses berkenaan. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada perkembangan pergerakan mereka terutama berlakunya penurunan densiti kesatuan sekerja apabila penstrukturan semula dilakukan. Sehubungan dengan itu, kesatuan perlu memikirkan strategi memperkembangkan pergerakan kesatuan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pergerakan Kesatuan Pekerja-pekerja Sabah Ports Sdn. Bhd (KPPSP). Berdasarkan temu bual mendalam menerusi pend... Mehr ...

Verfasser: ASRON PILIM
DZURIZAH IBRAHIM
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2023
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Amalan penswastaan / kesatuan sekerja / densiti kesatuan / kelestarian hubungan industri / Sabah / Privatization practices / trade union / union density / sustainability of industrial relations
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28832392
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/4193

Kewujudan amalan penswastaan di Malaysia sememangnya menjadi kerisauan kepada kesatuan sekerja yang melalui proses berkenaan. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada perkembangan pergerakan mereka terutama berlakunya penurunan densiti kesatuan sekerja apabila penstrukturan semula dilakukan. Sehubungan dengan itu, kesatuan perlu memikirkan strategi memperkembangkan pergerakan kesatuan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pergerakan Kesatuan Pekerja-pekerja Sabah Ports Sdn. Bhd (KPPSP). Berdasarkan temu bual mendalam menerusi pendekatan kajian kes kualitatif, kajian mendapati bahawa faktor penyebaran tertutup, bantuan pakar, dan sumbangsaran sebagai strategi KPPSP selepas fasa penswastaan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan KPPSP selepas fasa penswastaan. Ketiga-tiga faktor berkenaan menjadi pemangkin kepada perkembangan pergerakan KPPSP selepas fasa penswastaan dan usaha yang dilakukan oleh KPPSP ini boleh menjadi rujukan atau contoh kepada kesatuan yang ada di Malaysia terutamanya di negeri Sabah. Dengan mengambil dan menjadikan rujukan usaha yang dilakukan oleh KPPSP, ia dapat membantu kesatuan lain untuk berkembang dan keadaan ini dapat membantu meningkatkan densiti kesatuan sekerja di negeri Sabah dalam memelihara kelestarian hubungan industri di Malaysia khususnya negeri Sabah. The existence of privatization practices in Malaysia is indeed a concern to trade unions that are going through the process. This is because it will affect the development of their movement especially the occurrence of a decrease in the density of trade unions when the restructuring is done. Accordingly, unions need to think of strategies to expand their union movements. Therefore, this study aims to analyze the factors that influence the development of the Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Ports Sdn. Bhd (KPPSP). Based on indepth interviews through qualitative case study approach, the study found that closed dissemination factors, expert assistance, ...