ANTARA IDENTITI BAJAU SAMAH DAN BAJAU UBIAN, SEJAUH MANA PERBEZAANNYA: KAJIAN KES DI KAMPUNG PULAU GAYA ASAL, KOTA KINABALU, SABAH: BETWEEN THE IDENTITY OF BAJAU SAMAH AND THE BAJAU UBIAN, THE EXTENT OF THE DIFFERENCE: CASE STUDY IN KAMPUNG PULAU GAYA ASAL, KOTA KINABALU, SABAH

Artikel ini membincangkan sejauhmana wujudnya persamaan dan perbezaan amalan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan antara kumpulan Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif yang menjadikan informan utama sebagai sumber utama data empirikal. Dapatan kajian menunjukkan umumnya identiti sepunya etnik Sama-Bajau mempunyai pengaruh ke atas persamaan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan subetnik Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Dari segi bahasa, sebutan istilah-istilah antara Bahasa Baja... Mehr ...

Verfasser: NURADIBAH NORDIN
GUSNI SAAT
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2022
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Identiti / Sama-Bajau / Bajau Samah / Bajau Ubian / bahasa / adat / identity / The Bajau Ubian / language / custom
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28832391
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/4177

Artikel ini membincangkan sejauhmana wujudnya persamaan dan perbezaan amalan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan antara kumpulan Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif yang menjadikan informan utama sebagai sumber utama data empirikal. Dapatan kajian menunjukkan umumnya identiti sepunya etnik Sama-Bajau mempunyai pengaruh ke atas persamaan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan subetnik Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Dari segi bahasa, sebutan istilah-istilah antara Bahasa Bajau Ubian dan Bajau Samah pada dasarnya adalah sama. Hal ini disebabkan kedua-dua kumpulan etnik Sama-Bajau ini berkongsi identiti bahasa iaitu menuturkan bahasa keluarga Sinama/Sama. Dalam soal budaya perkahwinan pula, ternyata Islam sebagai identiti sepunya komuniti Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal telah membentuk acuan adat-adat perkahwinan mereka. Akad nikah yang mempunyai perkaitan adat nampaknya masih bertaut pada syariat Islam. Unsur-unsur perbezaan amat sedikit berbanding dengan unsur-unsur persamaan adat perkahwinan dan bahasa antara dua kelompok Sama-Bajau. Selain pengaruh identiti sepunya, ia juga terjadi disebabkan oleh jarak sosial yang begitu rapat antara dua kumpulan kerana mereka tinggal bersebelahan dalam sebuah petempatan yang sama. Hubungan sosial yang terjalin begitu lama antara dua kumpulan menyebabkan proses adaptasi dan asimilasi budaya berlaku antara satu sama lain. This article discusses the extent of similarities and differences in the cultural practices such as language and marriage customs among the Bajau Samah and the Bajau Ubian in Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. The approach of this study is qualitative which makes key informants the primary as the main source of empirical data. The findings of the study show that in general, the common identity of the Sama-Bajau ethnic group has an influence on cultural similarities, namely the language and marriage customs of the ...