PEKERJA INDUSTRI FILEM BELAKANG TABIR DI SABAH: ISU, CABARAN DAN STRATEGIK: BEHIND THE SCENES FILM INDUSTRY WORKERS IN SABAH: ISSUES, CHALLENGES AND STRATEGIES

Pekerja belakang tabir di Malaysia khususnya di Sabah amat memerlukan perhatian khusus. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai isu yang timbul dan dikenal pasti menerusi kajian yang dijalankan. Industri perfileman di Sabah tidak cukup besar jika dibandingkan dengan industri filem di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, terdapat beberapa isu serta cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini. Sebelum COVID-19 melanda dunia, industri filem di Sabah masih berada pada tahap yang sederhana jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Keadaan bertambah buruk apabila dunia dilanda COVID-19 ya... Mehr ...

Verfasser: Rosli Sareya
Borhan Abdullah
Zairul Anuar Md Dawam
Sharip Zainal Sagkif Shek
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2022
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Pekerja belakang tabir / isu / cabaran / strategik dan industri perfileman / behind-the-scenes workers / issues / challenges / strategic and film industry
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28832378
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/4072

Pekerja belakang tabir di Malaysia khususnya di Sabah amat memerlukan perhatian khusus. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai isu yang timbul dan dikenal pasti menerusi kajian yang dijalankan. Industri perfileman di Sabah tidak cukup besar jika dibandingkan dengan industri filem di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, terdapat beberapa isu serta cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini. Sebelum COVID-19 melanda dunia, industri filem di Sabah masih berada pada tahap yang sederhana jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Keadaan bertambah buruk apabila dunia dilanda COVID-19 yang banyak menjejaskan sumber pendapatan pekerja belakang tabir mahupun industri filem di Malaysia khususnya Sabah. Justeru, kajian ini akan meneliti strategi yang boleh diketengahkan dan membantu pekerja belakang tabir dalam menghadapi cabaran semasa dan selepas pandemik ini. Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan ini, pengkaji telah melakukan sesi temu bual terhadap beberapa pengarah dan pekerja belakang tabir di negeri Sabah serta menganalisis data menerusi dapatan maklumat dari pelbagai sudut. Analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap bayaran tenaga kerja serta penangguhan bayaran antara isu yang harus diberi perhatian. Hal ini menyebabkan kurangnya motivasi dalam menghasilkan karya yang lebih bermutu. Akhirnya, sesebuah karya kreatif menjadi kurang menarik dan tidak memberi kesan kepada audiens. Walau bagaimanapun, terdapat juga bantuan yang tidak putus dari kerajaan pusat khususnya Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) yang menjadi pendorong dalam membantu pekerja belakang tabir untuk terus berkarya dan bertahan. Background labourers in Malaysia, particularly in Sabah, require special consideration. This is due to several concerns that emerged and were found during investigation. In comparison to Peninsular Malaysia, the film industry in Sabah is insufficiently large. Nonetheless, this community is going to have to deal with several problems and obstacles. Prior to the release of COVID-19, ...