REPRESENTASI BUDAYA DALAM REKAAN BENTUK BUSANA PERKAHWINAN MASYARAKAT BISAYA DI BEAUFORT, SABAH: THE REPRESENTATION OF CULTURE IN THE DESIGN OF WEDDING COSTUME FOR BISAYA COMMUNITY IN BEAUFORT, SABAH

Busana tradisional etnik di Sabah adalah representasi daripada kerencaman fesyen, bentuk dan ragam hias yang menampilkan identiti dan nilai budaya. Pengaruh asimilasi budaya dan fenomena kehidupan moden yang sentiasa berubah secara tidak langsung mempengaruhi penampilan berpakaian daripada tradisional kepada kontemporari sifatnya. Pada masa kini, busana tradisional lazimnya dapat dilihat dalam majlis perkahwinan, persembahan tarian dan upacara ritual. Identiti busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Sabah dikenal pasti melalui penggunaan istilah, bentuk dan ragam hias mengikut citra dan dogma... Mehr ...

Verfasser: Mukam, Nurfahrina Abal
Jusilin, Humin
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2019
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Etnik Bisaya / budaya / representasi / bentuk / ragam hias / Bisaya ethnic / culture / representation / design / form / ornament
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28832157
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/2139

Busana tradisional etnik di Sabah adalah representasi daripada kerencaman fesyen, bentuk dan ragam hias yang menampilkan identiti dan nilai budaya. Pengaruh asimilasi budaya dan fenomena kehidupan moden yang sentiasa berubah secara tidak langsung mempengaruhi penampilan berpakaian daripada tradisional kepada kontemporari sifatnya. Pada masa kini, busana tradisional lazimnya dapat dilihat dalam majlis perkahwinan, persembahan tarian dan upacara ritual. Identiti busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Sabah dikenal pasti melalui penggunaan istilah, bentuk dan ragam hias mengikut citra dan dogma budaya. Kajian busana ini ditumpukan khusus di perkampungan masyarakat Bisaya di Beaufort, Sabah. Data-data kajian membantu pengkaji untuk mendokumentasi dan menganalisis elemen bentuk dan ragam hias yang menitipkan representasi identiti dan budaya dalam etnik berkenaan. Makna tentang subjek, bentuk dan ragam hias selanjutnya diperoleh melalui bentuk simbol sebagai asas penghayatan seni melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual di lapangan. Kajian ini mendapati elemen bentuk dan ragam hias busana perkahwinan adalah gambaran artistik melalui representasi budaya, adat istiadat dan alam sekeliling. Justeru, bentuk dan ragam hias busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Sabah dapat dikaitkan dengan kehidupan tipikal dan warisan budaya yang diwarisi semenjak turun-temurun. Traditional costumes of ethnics in Sabah were representing the variety of fashion, form and ornament design which reflect the identity and cultural values. The influence of cultural assimilation and the modern life phenomenon that constantly changing from time to time indirectly affecting the dressed appearance from traditional to contemporary fashion. Nowadays, traditional costume still can be seen in a wedding ceremony, dance performance and ritual ceremony. The Bisaya’s wedding costume identity in Sabah can be identified by its terms of the costume and the parts, the form and also the design based on the cultural imagery and beliefs. ...