EKSPLORASI ZAT WARNA ALAMI BATIK DALAM KONTEKS WARNA TRADISI ETNIK DI SABAH: EXPLORATION NATURAL BATIK COLOR IN CONTEXT OF COLOR ETHNIC TRADITION IN SABAH

Warna tradisi telah wujud melalui beberapa penceritaan mitos berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu dan diturunkan secara lisan. Pewarnaan alam iaitu bersumberkan alam semula jadi telah dipergiatkan dalam kalangan etnik di Sabah khususnya dalam kraf tangan. Justeru, pelbagai metode dan campuran bahan alam diadunkan bagi menghasilkan pelbagai warna mengikut tempat dan etnik yang mendukungnya. Objektif kajian ini tertumpu kepada eksplorasi tumbuh-tumbuhan yang berpontensi dalam penghasilan warna dalam kegiatan batik di Sabah. Dalam penyelidikan ini, eksperimentasi dilakukan secara... Mehr ...

Verfasser: Baeren, Erren Jossie
Jusilin, Humin
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2019
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Warna alam / tekstil / batik / penguncian warna / etnik / Natural colour / textiles / fixing colour / ethnic
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28832148
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2089

Warna tradisi telah wujud melalui beberapa penceritaan mitos berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu dan diturunkan secara lisan. Pewarnaan alam iaitu bersumberkan alam semula jadi telah dipergiatkan dalam kalangan etnik di Sabah khususnya dalam kraf tangan. Justeru, pelbagai metode dan campuran bahan alam diadunkan bagi menghasilkan pelbagai warna mengikut tempat dan etnik yang mendukungnya. Objektif kajian ini tertumpu kepada eksplorasi tumbuh-tumbuhan yang berpontensi dalam penghasilan warna dalam kegiatan batik di Sabah. Dalam penyelidikan ini, eksperimentasi dilakukan secara sistematik yang melibatkan proses awal sehingga akhir untuk mendapatkan eksperimen warna. Bahan-bahan dalam eksperimen ini melibatkan tekstil, bahan alam dan bahan penguncian (pemati) warna. Eksperimen ini melalui tiga tahap, iaitu bermula dengan proses mordanting, mengekstrak bahan alam dan penguncian warna (fixing). Penyelidik seterusnya menjalankan uji kaji terhadap zat warna tumbuhan terhadap kesan warna yang terhasil pada tesktil (kain). Bahan penguncian (pemati) warna yang digunakan adalah seperti tawas (Al2SO4), tunjung (FeSO4) kapur (CaCO3), sodium silicate, daun betik dan limau nipis. Penyelidikan melalui Research and Development (R&D) diusahakan untuk membantu penyelidik dan penggiat seni agar mengetahui sejauh mana tahap kualiti warna alami dalam kajian ini dapat dijadikan produk yang berpotensi dalam bidang pewarnaan. The tradition colour has come through several historical stories based on events that have occurred in ancient times and passed down orally. The natural colour from natural resources has been intensified among ethnic groups in Sabah, especially in handicrafts. Hence, various methods and mixes of natural resources are blended to produce a variety of coloursaccording to the places and ethnicities that support them. The objective ofthis study is focused on the exploration of plants that have the potential toproduce natural colour for batik in Sabah. In this research, experiments wereperformed ...