Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap Komitmen Pelajar di Negeri Sabah

Sektor pendidikan masih berusaha untuk membudayakan pembelajaran atas talian bagi menggantikan kaedah konvensional bersemuka yang terpaksa dihentikan seketika bagi mengekang penularan wabak koronavirus. Kajian lepas menunjukkan komitmen pelajar adalah antara salah satu faktor yang penting dalam menilai keberkesanan pembelajaran atas talian semasa PKP. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap komitmen pelajar semasa perlaksanaan PKP dan hubungannya terhadap tahap prestasi pembelajaran dalam pembelajaran sejarah. Analisis deskriptif, inferensi dan analisis ANOVA telah digunakan... Mehr ...

Verfasser: Abdul Mumen, Khairun Nisa
Awang, M. M. (Mohd)
Dokumenttyp: Journal:earticle
Erscheinungsdatum: 2022
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Schlagwörter: Indonesia
Sprache: Indonesian
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28827293
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://www.neliti.com/publications/531401/kesan-perintah-kawalan-pergerakan-pkp-terhadap-komitmen-pelajar-di-negeri-sabah

Sektor pendidikan masih berusaha untuk membudayakan pembelajaran atas talian bagi menggantikan kaedah konvensional bersemuka yang terpaksa dihentikan seketika bagi mengekang penularan wabak koronavirus. Kajian lepas menunjukkan komitmen pelajar adalah antara salah satu faktor yang penting dalam menilai keberkesanan pembelajaran atas talian semasa PKP. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap komitmen pelajar semasa perlaksanaan PKP dan hubungannya terhadap tahap prestasi pembelajaran dalam pembelajaran sejarah. Analisis deskriptif, inferensi dan analisis ANOVA telah digunakan untuk menguji, menjawab hipotesis dan juga untuk mencapai objektif dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan skor tahap komitmen pelajar dalam pembelajaran Sejarah semasa PKP dari segi aspek persekitaran pembelajaran, interaksi pelajar – guru dan komitmen belajar adalah berada pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan komitmen pelajar mempunyai hubungan yang signifikan (r = 0.619, p < 0.01) dengan prestasi pelajar dalam pembelajaran Sejarah semasa PKP. Oleh itu, diharapkan agar kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak dalam mendepani isu dan cabaran yang timbul agar pembelajaran atas talian dapat dilaksanakan dengan lebih efektif pada masa akan datang.