Persepsi Komuniti Sabah Terhadap Impak Pembangunan Pelancongan Berasaskan Perspektif Alam Sekitar

Pembangunan aktiviti-aktiviti pelancongan di negeri Sabah adalah pada kedudukan yang selaras dengan misi-visi negara untuk meningkatkan ekonomi negara dan mencapai status sebagai Negara maju. Namun demikian, impak daripada pembangunan pelancongan berkebolehan dalam menyumbangkan kepada kesan-kesan sama ada positif atau negatif di negeri Sabah. Oleh itu, kajian penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji persepsi komuniti Sabah terhadap impak pembangunan pelancongan berasaskan perspektif alam sekitar. Kajian ini menggunakan perspektif kuantitatif, di mana pendekatan soal selidik diaplikasikan un... Mehr ...

Verfasser: Zakaria, Zulayti
Hua, Ang Kean
Yusoh, Mohamad Pirdaus
Jambol, Dg Junaidah Awang
Jamru, Lindah Roziani
Jafar, Adi
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2022
Verlag/Hrsg.: Secholian Publication
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-28824454
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1968

Pembangunan aktiviti-aktiviti pelancongan di negeri Sabah adalah pada kedudukan yang selaras dengan misi-visi negara untuk meningkatkan ekonomi negara dan mencapai status sebagai Negara maju. Namun demikian, impak daripada pembangunan pelancongan berkebolehan dalam menyumbangkan kepada kesan-kesan sama ada positif atau negatif di negeri Sabah. Oleh itu, kajian penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji persepsi komuniti Sabah terhadap impak pembangunan pelancongan berasaskan perspektif alam sekitar. Kajian ini menggunakan perspektif kuantitatif, di mana pendekatan soal selidik diaplikasikan untuk tujuan pengumpulan data-data dan maklumat melalui persepsi penduduk tempatan. Sampel saiz yang berjaya dikumpulkan adalah 74 responden dan analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah deskriptif. Berdasarkan dapatan kajian, menunjukkan populasi bertambah akan menggalakkan, merancakkan, dan meningkatkan aktiviti pelancongan melalui pembangunan landskap pesisir pantai, namun secara tidak langsung telah meningkatkan kesan negatif melalui pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran tanah, dan pencemaran air-laut. Namun penambahan populasi bukan hanya membawa kepada kesan negatif-minoriti kepada alam sekitar, malah impak positif seperti memelihara, melindungi, dan menjaga alam sekitar boleh dicapai secara sepakat oleh penduduk tempatan. Kesimpulannya, pembangunan aktiviti pelancongan boleh menjana dan merancakkan ekonomi negeri dan negara. Sememangnya tidak dapat dielakkan apabila pembangunan pelancongan dilakukan akan membawa kepada minoriti impak kepada alam sekitar, namun perkara ini harus dikawal dan diurus dengan betul dan tepat.