Amalan dan Kepercayaan Tradisi Pemakaian Sunduk Masyarakat Dusun Tindal di Sabah

Amalan adalah sesuatu yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan dan kepercayaan pula adalah keyakinan yang membenarkan sesuatu, iman dan iktikad mengenai sesuatu (Kamus Dewan, 2005). Amalan dan kepercayaan masyarakat Dusun Tindal terhadap pemakaian sunduk atau surunduk merupakan suatu kebiasaan dan keyakinan mereka terhadap amalan yang telah diwarisi daripada nenek moyang. Sunduk adalah salah satu bahagian yang terdapat dalam pakaian tradisional wanita masyarakat Dusun Tindal di Kota Belud, Sabah. Sunduk dipakai untuk menutup bahagian kepala dan sebagai pelindung daripada cahaya matahari. Dalam m... Mehr ...

Verfasser: Kindoyop, Salbiah binti
Othman, Nurul Aisyah binti
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: PKM UPSI
Schlagwörter: Amalan / Kepercayaan / Pemakaian / Sunduk / Dusun Tindal
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27660386
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/6000

Amalan adalah sesuatu yang dilakukan sebagai suatu kebiasaan dan kepercayaan pula adalah keyakinan yang membenarkan sesuatu, iman dan iktikad mengenai sesuatu (Kamus Dewan, 2005). Amalan dan kepercayaan masyarakat Dusun Tindal terhadap pemakaian sunduk atau surunduk merupakan suatu kebiasaan dan keyakinan mereka terhadap amalan yang telah diwarisi daripada nenek moyang. Sunduk adalah salah satu bahagian yang terdapat dalam pakaian tradisional wanita masyarakat Dusun Tindal di Kota Belud, Sabah. Sunduk dipakai untuk menutup bahagian kepala dan sebagai pelindung daripada cahaya matahari. Dalam majlis perkahwinan, pengantin wanita juga akan memakai sunduk sebagai penambah seri dalam kecantikannya. Selain itu, sunduk juga digunakan oleh para Bobolian (pengamal ritual) ketika mengadakan upacara ritual. Menurut kepercayaan masyarakat Dusun Tindal, pemakaian sunduk dalam kalangan wanita bukan sahaja dapat menjaga kulit wajah tetapi dipercayai mempunyai roh yang memudahkan bobolian untuk berhubung dengan kuasa ghaib. Kajian melalui kaedah kerja lapangan dan penelitian ini akan mendokumentsikan amalan dan kepercayaan penggunaan sunduk dalam kehidupan masyarakat Dusun Tindal.