AIR TIDAK BERHASIL (NRW): CABARAN KE ATAS SEKURITI BEKALAN AIR DI SABAH, MALAYSIA: NON-REVENUE WATER (NRW): CHALLENGES ON WATER SUPPLY SECURITY IN SABAH, MALAYSIA

ABSTRAK Air Tidak Berhasil (NRW) adalah isu serius dan boleh mengancam sekuriti air di Sabah. Isu ini bukan sahaja dialami oleh Sabah tetapi juga di peringkat dunia. Ia merupakan petunjuk kepada ketidakcekapan pemain-pemain dalam industri air terawat untuk diagihkan kepada golongan sasar secara sah. Walaupun terdapat komitmen untuk melaksanakan pengurangan NRW kekurangan bajet dan keadaan paip yang telah usang menjadi cabaran dan halangan utama. Kebocoran paip, kecurian air dan meter yang mengakibatkan kadar NRW di Sabah kekal melebihi 50 peratus dan antara yang tertinggi di Malaysia. Terdapat... Mehr ...

Verfasser: SAKKE, NORDIN
JAFAR, ADI
ABIDIN, AMIRAH
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Bekalan air terawat / air tidak berhasil / Keselamatan Air / Sabah / Malaysia / Treated water supply / non-revenue water / water security
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27652284
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2782

ABSTRAK Air Tidak Berhasil (NRW) adalah isu serius dan boleh mengancam sekuriti air di Sabah. Isu ini bukan sahaja dialami oleh Sabah tetapi juga di peringkat dunia. Ia merupakan petunjuk kepada ketidakcekapan pemain-pemain dalam industri air terawat untuk diagihkan kepada golongan sasar secara sah. Walaupun terdapat komitmen untuk melaksanakan pengurangan NRW kekurangan bajet dan keadaan paip yang telah usang menjadi cabaran dan halangan utama. Kebocoran paip, kecurian air dan meter yang mengakibatkan kadar NRW di Sabah kekal melebihi 50 peratus dan antara yang tertinggi di Malaysia. Terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan tetapi impaknya adalah terlalu kecil di mana jumlah pengurangan tahunan NRW antara tahun 2005 hingga 2018 sekitar 0.35 peratus. Jumlah ini amat rendah dan ia telah membuka ruang kepada kehilangan pendapatan sehingga jutaan ringgit. Berdasarkan data rinci komponen bekalan air yang diperoleh daripada Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JBANS), jumlah kerugian akibat NRW antara 2015 hingga 2017 sekitar RM657 juta. Jumlah ini agak besar dan kerugian ini boleh menyiapkan satu loji rawatan air yang baharu. Oleh itu, komitmen yang berterusan perlu disemai bukan setakat dalam kalangan pekerja JBANS, tetapi komuniti pengguna air dan juga penglibatan persekutuan untuk bantuan modal bagi menjayakan program pengurangan NRW. Sasaran 31 peratus masih jauh untuk digapai, tetapi sekiranya komitmen berterusan dapat dilaksanakan sudah pasti ancaman NRW terhadap keselamatan air dapat diminimumkan. ABSTRACT Non-Revenue Water (NRW) is a serious issue and could threaten water security in Sabah. This issue is not only experienced by Sabah but also at the world level. It is an indicator of the inefficiency of the water industry players to be distributed to the target group. Although there is a commitment to implement NRW reduction, however the budget deficiency and the obsolete pipe conditions are major challenges and obstacles. Leakage, water theft and meters are obsolete resulting in NRW in Sabah remained ...