Etika Kerja Etnik Bugis di Sabah: Satu Kajian di Organisasi Awam Bugis Work Ethics: A Study on Public Organization

Kepelbagaian etnik dalam organisasi merupakan perkara utama yang sering kali menjadi perbincangan di peringkat pengurusan sumber manusia. Setiap etnik tersebut telah membentuk satu nilai, kepercayaan dan pandangan yang tersendiri terhadap pelaksanaan tugas yang dilakukan di tempat kerja. Etnik Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah dan secara tidak langsung menjadi penyumbang terhadap tenaga kerja dalam organisasi awam. Kepelbagaian etnik tersebut memerlukan seorang pengurus yang peka terhadap etika kerja setiap etnik kerana ia mampu menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.... Mehr ...

Verfasser: TAMBY OMAR, AISHAH
AMAT, ASMIATY
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2017
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Etika kerja / etnik Bugis / organisasi awam / tenaga kerja / nilai. Work ethic / Bugis ethnic / public organization / workforce / value
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27652238
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/762

Kepelbagaian etnik dalam organisasi merupakan perkara utama yang sering kali menjadi perbincangan di peringkat pengurusan sumber manusia. Setiap etnik tersebut telah membentuk satu nilai, kepercayaan dan pandangan yang tersendiri terhadap pelaksanaan tugas yang dilakukan di tempat kerja. Etnik Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah dan secara tidak langsung menjadi penyumbang terhadap tenaga kerja dalam organisasi awam. Kepelbagaian etnik tersebut memerlukan seorang pengurus yang peka terhadap etika kerja setiap etnik kerana ia mampu menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Kajian ini bertujuan mengenal pasti etika kerja etnik Bugis serta perbezaan etika kerja antara lelaki dan perempuan. Seramai 144 orang pekerja yang bekerja di organisasi awam sekitar Kota Kinabalu dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Borang soal selidik mengandungi demografi responden dan juga Multidimensional Work Ethic Profile (MWEP) yang diperkenalkan oleh Miller et al. (2002). Data akan dikumpul dan dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 22. Hasil kajian menunjukkan bahawa etika kerja etnik Bugis adalah bekerja keras ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Selain itu, tidak terdapat perbezaan etika kerja antara lelaki dan perempuan etnik Bugis. Akhir sekali, hasil kajian ini dapat menyumbang kepada perancangan strategik sumber manusia terhadap satu garis panduan etika kerja yang boleh diamalkan oleh setiap individu dalam organisasi. Ethnic diversity in the organization has been discussed widely in human resource management. Diversity in workplaces may form various beliefs, values and perceptions that affect the way staff perform their task. The Bugis is one of the ethnic groups in Sabah that contribute to the workforce in public organizations. Thus, ethnic diversity in the organization requires a manager to be aware of their work ethic because it can impact on an organization is performance. This study aims to identify the ...