PERUBAHAN RITUAL SOGIT DALAM PEMBUKAAN KAWASAN TANAH BAHARU DI RANAU, SABAH: SATU TINJAUAN AWAL: CHANGES OF SOGIT TRADITION IN VACANT LAND OPENING AT RANAU, SABAH: A PRELIMINARY REVIEW

Sogit adalah pampasan, ganti rugi ataupun denda yang dikenakan kepada individu yang melanggar norma atau kod etika adat. Sungguhpun begitu, amalan ini telah mengalami banyak perubahan terutamanya dalam tatacara pelaksanaan, rentetan daripada masyarakat Dusun yang telah banyak memeluk agama Islam. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perubahan rituual sogit dalam pembukaan kawasan tanah khususnya di daerah Ranau. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan dua kampung sebagai lokasi kajian iaitu Kampung Purakogis dan Lipasu Lama, memandangkan masyarakat Dusun dalam... Mehr ...

Verfasser: MOHAMMAD FIRDAUS BIN HASMIN
SYAMSUL AZIZUL MARINSAH
SURAYA SINTANG
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2022
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Perubahan / amalan / sogit / tanah / Dusun / Islam / Ranau / Changes / practice / land
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27652196
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/4195

Sogit adalah pampasan, ganti rugi ataupun denda yang dikenakan kepada individu yang melanggar norma atau kod etika adat. Sungguhpun begitu, amalan ini telah mengalami banyak perubahan terutamanya dalam tatacara pelaksanaan, rentetan daripada masyarakat Dusun yang telah banyak memeluk agama Islam. Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perubahan rituual sogit dalam pembukaan kawasan tanah khususnya di daerah Ranau. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan dua kampung sebagai lokasi kajian iaitu Kampung Purakogis dan Lipasu Lama, memandangkan masyarakat Dusun dalam kampung tersebut telah memeluk agama Islam Sehubungan dengan itu, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pengumpulan data melalui kaedah temu bual semi berstruktur dan observasi. Hasil kajian mendapati, berlaku banyak perubahan dan sinkretisme di antara ajaran pra-Islam dengan ajaran Islam dalam amalan sogit pembukaan kawasan tanah baharu. Sogit is a reparation, compensation or a punishment made upon an individual who violates norms and customs etiquette code. However, this particular tradition has undergone drastic changes especially in its implementation. This scenario is mainly due to most of the Dusuns who have started to adapt Islam as their religion. Therefore, the main objectives of this research is to identify the changes of sogit tradition in an opening of a vacant land in Ranau. In this research, the researcher focuses on two villages as their location of study, which is Kampung Purakogis and Lipasu Lama. In addition, this research is adapting qualitative approach as their research method where data collection was made through semi structured interviews and observations. Research finding shows that there are many changes and synchronism between Islam’s early teachings and the teaching of Islam itself in an agricultural land opening tradition.