MENGKABONG DALAM PENSEJARAHAN: Mengkabong in History

Artikel ini mengenai Mengkabong di Borneo Utara (Sabah). Nama Mengkabong sudah wujud dalam pensejarahan sebelum abad ke-19, iaitu bermula sebagai sebuah wilayah jajahan di bawah pentadbiran kerajaan Kesultanan Brunei. Pada penghujung abad ke-19, wilayah ini telah bertukar tangan kepada pentadbiran kerajaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Hal ini menyebabkan berlaku perubahan ke atas persempadanan Sungai Mengkabong. Perubahan yang utama ialah kewujudan geran tanah Karambunai yang diasingkan daripada wilayah Mengkabong. Kesan perubahan tersebut ialah kontroversi tuntutan hak pemilikan Kara... Mehr ...

Verfasser: Sidek, Fatmah
Bala, Bilcher
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2022
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Mengkabong / Karambunai / Kesultanan Brunei / Sabah
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27652186
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/4131

Artikel ini mengenai Mengkabong di Borneo Utara (Sabah). Nama Mengkabong sudah wujud dalam pensejarahan sebelum abad ke-19, iaitu bermula sebagai sebuah wilayah jajahan di bawah pentadbiran kerajaan Kesultanan Brunei. Pada penghujung abad ke-19, wilayah ini telah bertukar tangan kepada pentadbiran kerajaan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Hal ini menyebabkan berlaku perubahan ke atas persempadanan Sungai Mengkabong. Perubahan yang utama ialah kewujudan geran tanah Karambunai yang diasingkan daripada wilayah Mengkabong. Kesan perubahan tersebut ialah kontroversi tuntutan hak pemilikan Karambunai sehingga kini. Kajian ini akan menjelaskan perkembangan pensejarahan tentang perubahan yang berlaku dalam tempoh tiga zaman pemerintahan yang berbeza. Pendekatan kualitatif berasaskan sumber primer berbentuk manuskrip dan dokumen rasmi seperti surat wasiat Sultan Brunei (1851), geran tanah WCL No 228 (1905), surat perjanjian pajakan Brunei-SBUB (1877-1898) daripada Arkib Negeri Sabah dan Pusat Sejarah Brunei, serta dokumen mahkamah daripada koleksi persendirian. Dapatan kajian amat penting kepada usaha pembangunan bidang pensejarahan Sabah, khususnya Mengkabong dan Karambunai dari segi asal usul, perubahan pentadbiran dan kesannya.