KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DALAM TALIAN KE ATAS KURSUS TERPILIH BAGI KOMPONEN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH: EFFECTIVENESS OF ONLINE LEARNING, METHODS ON SELETED COURSES FOR ART AND CULTURE COMPONENT, CENTER FOR CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Susulan penularan wabak COVID-19, institusi pendidikan termasuk Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat penyelarasan kurikulum mereka. Pendidikan secara dalam talian adalah kaedah utama penyampaian kurikulum bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan dalam Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hinggalah ke Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selepas lapan minggu pembelajaran dalam talian diadakan, tinjauan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran khususnya komponen Kesenian dan Kebudayaan ini telah dijalankan. Tujuan kajian in... Mehr ...

Verfasser: Victor B. Pangayan
Jurry Foo @ Jurry F. Michael
Colonius Atang
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Pembelajaran dalam talian / Komponen Kebudayaan dan Kesenian / Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar / cabaran pembelajaran / pandemik COVID-19 / Online learning / Art and Culture component / Center for Co-Curriculum and Student Development / learning challenges / COVID-19 pandemic
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27652145
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/3644

Susulan penularan wabak COVID-19, institusi pendidikan termasuk Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat penyelarasan kurikulum mereka. Pendidikan secara dalam talian adalah kaedah utama penyampaian kurikulum bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan dalam Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hinggalah ke Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selepas lapan minggu pembelajaran dalam talian diadakan, tinjauan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran khususnya komponen Kesenian dan Kebudayaan ini telah dijalankan. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pengalaman baharu pelajar dengan pembelajaran dalam talian dan daya maju pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar. Matlamat kajian ini dapat dicapai dengan meneliti respons daripada 226 pelajar terhadap soal selidik berasaskan kaedah tinjauan. Maklum balas pelajar dalam bentuk skala Likert dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berpuas hati dengan pembelajaran dalam talian yang berterusan kerana mereka menikmati akses berterusan ke atas bahan dalam talian, fleksibiliti untuk belajar mengikut keupayaan mereka sendiri, suasana yang selesa dan keupayaan untuk bercakap dengan bebas. Namun, masalah teknikal dan isu peralatan merupakan halangan yang ketara ke atas pembelajaran bidang Kesenian dan Kebudayaan dalam talian semasa pandemik COVID-19. Pembelajaran dalam talian adalah diterima baik oleh pelajar yang mendaftar dalam komponen Kebudayaan dan Kesenian. Namun, penyepaduan pembelajaran dalam talian terhadap kurikulum bidang Kesenian dan Kebudayaan memerlukan strategi yanglebih baik dan pendekatan yang lebih proaktif. Following the COVID-19 outbreak, educational institutions, particularly the Center for Co-curriculum and Student Development (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), have made adjustments to their curriculum. Online education is the ...