ELEMEN PATRIOTISME DALAM FILEM MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH (1983): ELEMENTS OF PATRIOTISM IN THE FILM MAT SALLEH PAHLAWAN SABAH (1983)

Filem adalah karya seni berbentuk audio dan visual. Selain hiburan, filem juga merakamkan semula sejarah bangsa dan negara serta berperanan menyebarkan pelbagai mesej kepada masyarakat. Antaranya adalah menyedarkan masyarakat tentang semangat patriotisme pada negara. Hal ini dinyatakan Mohd Daly et al. (2017: 570), bahawa penerbitan filem patriotisme bukan sahaja sebagai tontonan, malah mampu menyemai dan menyampaikan mesej cintakan negara. Selain perlakuan, penyampaian mesej boleh dilakukan melalui penyampaian dialog watak. Justeru, artikel ini akan menganalisis penggunaan ujaran implikatur p... Mehr ...

Verfasser: Juhan Junaidi
Zairul Anuar Md. Dawam
Rosli Sareya
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Elemen patriotisme / filem / Mat Salleh Pahlawan Sabah / implikatur / Grice / Elements of patriotism / film / implicature
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27652103
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/3284

Filem adalah karya seni berbentuk audio dan visual. Selain hiburan, filem juga merakamkan semula sejarah bangsa dan negara serta berperanan menyebarkan pelbagai mesej kepada masyarakat. Antaranya adalah menyedarkan masyarakat tentang semangat patriotisme pada negara. Hal ini dinyatakan Mohd Daly et al. (2017: 570), bahawa penerbitan filem patriotisme bukan sahaja sebagai tontonan, malah mampu menyemai dan menyampaikan mesej cintakan negara. Selain perlakuan, penyampaian mesej boleh dilakukan melalui penyampaian dialog watak. Justeru, artikel ini akan menganalisis penggunaan ujaran implikatur patriotisme dalam filem Mat Salleh Pahlawan Sabah (1983) dengan menggunakan teori Grice (1975). Pemilihan filem ini dilakukan kerana gambaran Mat Salleh dalam memperjuangkan keadilan sehingga sanggup mati cukup jelas menunjukkan semangat patriotisme beliau pada bumi Sabah. Selain itu, sehingga kini nama Mat Salleh menjadi legenda bualan masyarakat dan salah satu tokoh yang menentang keras penjajah khususnya di negeri Sabah. Oleh itu, analisis penggunaan ujaran implikatur patriotisme ini bertujuan untuk menentukan presentasi dan mesej tentang patriotisme boleh dijelaskan secara harfiah dan terperinci berdasarkan konteks negara Malaysia melalui medium filem. Selain itu, ia juga bertujuan memperkuatkan lagi watak Mat Salleh dalam filem tersebut dikategorikan sebagai pahlawan yang mempunyai semangat patriotisme iaitu cintakan negaranya. Films are works of art in the form of audio and visuals. Apart from entertainment, the film also re -records the history of the nation and the country and serves to spread various messages to the community. Among them is to make the community aware of the spirit of patriotism in the country. This is stated by Mohd Daly et al. (2017: 570), that the production of patriotism films is not only a spectacle but also able to sow and convey the message of love for the country.In addition to treatment, message delivery can be done through character dialogue delivery. Thus, this article will analyze the ...