MEMANFAAT PENGALAMAN AKADEMIK EKSPATRIAT: DASAR DAN POLISI PENGANTARABANGSAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Pelan Strategik Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2013-2017 dirangka menggariskan tujuh (7) Bidang Keberhasilan Utama Universiti iaitu UMS-KRAs (UMS Key Result Areas), MMS-KRA3 bersandarkan objektif strategik iaitu “Mempertingkatkan Keterlihatan Reputasi di Peringkat Antarabangsa” (Enhancing International Visibility and Reputation)(UMS, 2013). Bagi mencapai matlamat tersebut, UMS menekankan keperluan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dalam menyumbang ke arah pembangunan pendidikan negara. Bersandarkan kepada hasrat yang diwarwarkan,penglibatan kakitangan akademik bertaraf antarabangsa... Mehr ...

Verfasser: Othman, Irma Wani
Mohd Suki, Norazah
Yusoff, Muhammad Safuan
Mohd Noor, Nor Arifah
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2014
Verlag/Hrsg.: Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Pengalaman Ekspatriat Akademik / Ekspatriat Berdikari / Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia / Dasar dan Polisi Pengantarabangsaan
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27652079
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/LJMS/article/view/3019

Pelan Strategik Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2013-2017 dirangka menggariskan tujuh (7) Bidang Keberhasilan Utama Universiti iaitu UMS-KRAs (UMS Key Result Areas), MMS-KRA3 bersandarkan objektif strategik iaitu “Mempertingkatkan Keterlihatan Reputasi di Peringkat Antarabangsa” (Enhancing International Visibility and Reputation)(UMS, 2013). Bagi mencapai matlamat tersebut, UMS menekankan keperluan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dalam menyumbang ke arah pembangunan pendidikan negara. Bersandarkan kepada hasrat yang diwarwarkan,penglibatan kakitangan akademik bertaraf antarabangsa dilihat perlu bagi menjadikan UMS relevan dan berdaya saing. Kajian ini bersandarkan dua objektif iaitu (i) mengenalpasti pengalaman ekspatriasi akademik ekspatriat di UMS dan (ii)mengemukakan cadangan terhadap dasar dan polisi pengantarabangsaan UMS berdasarkan pengalaman ekspatriasi akademik ekspatriat tersebut. Hasil kajian yang diperolehi berupaya menyumbang kepada (i) kefahaman refleksi diri pengalaman ekspatriasi perorangan bagi ahli akademik yang berkeinginan berekspatriat secaraberdikari dan (ii) input yang signifikan kepada majikan dengan menyumbangkan data empirikal serta perspektif berguna bakal majikan berhubung isu pengambilan dan pemilihan kakitangan antarabangsa untuk diimplementasikan secara khusus ke dalam dasar dan polisi pengantarabangsaan UMS.