Novel Bagaton dan Ngayau: Satu Analisis Menerusi Kaca Mata Gagasan Persuratan Baru

Novel Bagaton dan Ngayau merupakan karya Ismail Abbas atau Amil Jaya. Sunguhpun kedua-dua novel ini bukan novel Islam, sedikit sebanyak ia memperlihatkan inti pati berkaitan persoalan keagamaan yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai etnik di negeri Sabah dan Sarawak pada satu ketika dalam gambaran yang dibawakan oleh penulis. Kajian ini akan menggunakan Gagasan Persuratan Melayu Baru yang dicetuskan Mohd. Affandi Hassan dan diberikan perhatian serius oleh Ungku Maimunah Mohd. Tahir dan Mohd. Zariat Abdul Rani. Kajian ini mendapati bahawa penulis dengan kesedarannya cuba berdakwah dan menonjol... Mehr ...

Verfasser: Amat, Asmiaty
Abdul Samad, Lokman
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit UMS
Schlagwörter: Bagaton / Ngayau / Persuratan Baru / dakwah / Islam / Sabah
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27652059
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/281

Novel Bagaton dan Ngayau merupakan karya Ismail Abbas atau Amil Jaya. Sunguhpun kedua-dua novel ini bukan novel Islam, sedikit sebanyak ia memperlihatkan inti pati berkaitan persoalan keagamaan yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai etnik di negeri Sabah dan Sarawak pada satu ketika dalam gambaran yang dibawakan oleh penulis. Kajian ini akan menggunakan Gagasan Persuratan Melayu Baru yang dicetuskan Mohd. Affandi Hassan dan diberikan perhatian serius oleh Ungku Maimunah Mohd. Tahir dan Mohd. Zariat Abdul Rani. Kajian ini mendapati bahawa penulis dengan kesedarannya cuba berdakwah dan menonjol serta mempertahankan kesucian agama Islam melalui persoalan yang digambarkan dalam karya. Namun demikian, terdapat bahagian-bahagian tertentu yang memperlihatkan ia terlepas pandang dan menenggelamkan keseluruhan gambaran dakwah yang cuba ditonjolkan penulis.