KELAMAT-KEOMBO’AN: PERMAINAN WATAK MELALUI PENYATUAN ELEMEN KELIMA DALAM PERSEMBAHAN TEATER RITUAL IGAL ETNIK BAJAU PANTAI TIMUR SABAH: KELAMAT-KEOMBO’AN: ROLE PLAY THROUGH THE FIFTH ELEMETS UNIFICATION IN IGAL THEATRE-RITUAL PERFORMANCE OF SABAH EAST COAST BAJAU

Bajau Laut adalah pecahan daripada etnik besar Bajau yang kebanyakannya mendiami pesisir pantai timur Sabah, Malaysia. Bersesuaian dengan persekitaran penempatan mereka, kepercayaan dan sosiobudaya etnik ini adalah terpusat ke lautan. “Kelamat” adalah istilah yang digunakan oleh kelompok etnik merujuk kepada dukun, manakala keombo’an pula istilah yang merujuk kepada semangat pelindung dan roh nenek moyang. Berlatarbelakangkan sejarah yang mempelbagaikan jenis keombo’an-kelamat pula merupakan satu elemen yang paling bersignifikasi dalam melengkapkan kitaran kosmos dalam persembahan teater ritua... Mehr ...

Verfasser: Sharifuddin Zainal
Mohd Kipli Abdul Rahman
Esterlina Moo Chin Len Lazarus
Muhamed Syafiq Salleh
Yeon Amsalie @ Amsalib Pisali
Patta Arifin Hussin
Mohamad Nor Hisyam bin Musa
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2021
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Kelamat / keombokan / ritual / teater / Bajau Laut / kepercayaan kosmologi / keombo’an / theater / cosmological belief
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27651976
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/2293

Bajau Laut adalah pecahan daripada etnik besar Bajau yang kebanyakannya mendiami pesisir pantai timur Sabah, Malaysia. Bersesuaian dengan persekitaran penempatan mereka, kepercayaan dan sosiobudaya etnik ini adalah terpusat ke lautan. “Kelamat” adalah istilah yang digunakan oleh kelompok etnik merujuk kepada dukun, manakala keombo’an pula istilah yang merujuk kepada semangat pelindung dan roh nenek moyang. Berlatarbelakangkan sejarah yang mempelbagaikan jenis keombo’an-kelamat pula merupakan satu elemen yang paling bersignifikasi dalam melengkapkan kitaran kosmos dalam persembahan teater ritual Igal. Kelompok etnik percaya kelamat merupakan penjaga kunci yang menghubungkan dua alam yang terpisah (mikro kosmos - alam manusia dan makro kosmos- alam semangat metafizik). Ketika persembahan ritual dijalankan, pelbagai keombo’an akan melintasi kosmos dan masuk ke dalam badan kelamat untuk berkomunikasi dan merestui kelompok etnik tersebut. Tanpa kehadiran keombo’an, kelompok etnik percaya persembahan ritual yang dijalankan tersebut telah gagal dan objektif persembahan dilaksanakan tidak dapat dicapai. Walau bagaimanapun, amalan kepercayaan keombo’an adalah satu amalan yang bertentangan dengan syariat Islam, iaitu hal yang memerangkap kelompok etnik dalam konflik di antara dua kepercayaan yang mereka pegang. Oleh itu, makalah ini merungkaikan signifikasi lestari kelamat-keombo’an terhadap kepercayaan kosmologi etnik melalui persembahan teater-ritual Igal. Pendekatan etnografi dan teori persembahanRichard Scherchner digunakan untuk mensintesiskan signifikasi kepelbagaian watak dan perwatakan keombo’an- melalui permainan watak di tahap liminal persembahan ritual pengubatan Igal, sebagai sebuah dasar bagi pembentukan dan pembangunan teater tradisional etnik Bajau Pantai Timur Sabah. Bajau Laut or Sama Dilaut is seafarer’s ethnics of east coast Sabah, Malaysia. Accordingly, to their settlements, Bajau Laut belief and socialcultural are centered to the sea. Kelamat is a term by the communities referring to the shaman-whiles ...