PENCAPAIAN BARISAN NASIONAL (BN) DI KAWASAN PARLIMEN DAN DUN MAJORITI PENGUNDI KAUM CINA DI NEGERI SABAH: SATU ANALISIS PERBANDINGAN PRU­-13 DAN PRU-­14: THE ACHIEVEMENT OF BARISAN NASIONAL (BN) AT PARLIAMENTARY AND STATE SEATS IN THE MAJORITY CHINESE AREA IN SABAH: A COMPARATIVE ANALYSIS IN GE­13 AND GE­14

Artikel ini membincangkan dan menganalisis pencapaian BN di kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai majoriti pengundi kaum Cina di negeri Sabah dalam PRU ke-­13 dan ke­-14. Sebelum PRU 2008, kedudukan BN adalah kukuh di semua kawasan Parlimen dan DUN majoriti kaum Cina di negeri Sabah. Kesemua kawasan parlimen dan DUN majoriti kaum Cina dikuasai oleh BN dengan kukuh, tetapi mulai PRU 2008 dan PRU 2013, keadaan telah berubah. Dalam PRU 2008, sokongan pengundi kaum Cina terhadap BN mula menurun. Walaupun pihak DAP hanya berjaya memenangi satu kawasan Parlimen dan satu kawasan D... Mehr ...

Verfasser: Mat Yazid, Mohd. Noor
Abd. Rahim, Md. Saffie
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2019
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: etnik / Cina / majoriti / Sabah / ethnic / Chinese / majority / PRU-14 / GE-14
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-27651876
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1652

Artikel ini membincangkan dan menganalisis pencapaian BN di kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai majoriti pengundi kaum Cina di negeri Sabah dalam PRU ke-­13 dan ke­-14. Sebelum PRU 2008, kedudukan BN adalah kukuh di semua kawasan Parlimen dan DUN majoriti kaum Cina di negeri Sabah. Kesemua kawasan parlimen dan DUN majoriti kaum Cina dikuasai oleh BN dengan kukuh, tetapi mulai PRU 2008 dan PRU 2013, keadaan telah berubah. Dalam PRU 2008, sokongan pengundi kaum Cina terhadap BN mula menurun. Walaupun pihak DAP hanya berjaya memenangi satu kawasan Parlimen dan satu kawasan DUN dalam PRU 2008, tetapi sokongan pengundi terhadap BN telah menurun. Dalam PRU ke-­13, Mei 2013 sokongan kepada pembangkang khususnya DAP telah meningkat. Dua buah kawasan Parlimen iaitu P. 172 Kota Kinabalu dan P. 186 Sandakan telah dimenangi oleh calon DAP, manakala empat kawasan DUN iaitu N. 14 Likas, N. 16 Luyang, N. 19 Kepayan dan N. 57 Sri Tanjong telah dikuasai oleh DAP. Sebuah kerusi DUN majoriti pengundi kaum Cina juga dikuasai oleh PKR, iaitu N.15 Api-­Api. Part-parti pembangkang menguasai tujuh kerusi kesemuanya di kawasan majoriti kaum Cina, iaitu dua buah kawasan Parlimen dan lima kawasan DUN. Objektif kajian ini adalah bagi melihat kedudukan BN di kawasan majoriti pengundi kaum Cina dalam PRU ke­-14, iaitu sama ada mengalami perubahan dengan apa yang dicapai dalam dua pilihan raya lepas (PRU 2008 dan 2013), kedudukan yang terkini parti-­parti komponen BN di kawasan majoriti kaum Cina melalui PRU ke14 serta apakah faktor yang dapat menjelaskan kenapa berlaku sedemikian? Kajian ini menggunakan analisis kualitatif berasaskan data sekunder (buku, akhbar dan sebagainya) dan data primer (pemerhatian dan temu bual). Hasil kajian ini merumuskan bahawa terdapat perubahan besar pengundi kaum Cina, khususnya di kawasan majoriti pengundi kaum Cina, sama ada di kawasan DUN atau kawasan Parlimen. Semua kawasan pengundi kaum Cina gagal dikuasai oleh calon BN, sebaliknya dikuasai oleh Parti DAP atau parti-­parti politik ...